VIDEO: Pemain Futsal Rusia Buat Jaringan Sendiri Yang Pelik

Semalam Brazil dan Rusia beraksi dalam final bagi acara futsal. Pertarungan yang menentukan pemenang emas acara tersebut dalam Sukan Olimpik Belia yang berlangsung di Argentina.

Brazil menang 4-1 ke atas Rusia dalam perlawanan final. Selain daripada kemenangan Brazil, yang turut menjadi bualan adalah gol sendiri oleh pemain Rusia yang memberikan gol pembukaan kepada Brazil.

Danil Karpuik terembat masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-19. Ianya dianggap salah satu gol sendiri paling pelik dalam futsal profesional.

Karpuik yang membantu rakan-rakannya bertahan cuba untuk mengeluarkan bola. Malangnya dia tertolak masuk bola itu ke gawang sendiri dengan satu ‘rembatan’ yang deras.

Saksikan di sini:

https://twitter.com/olympicchannel/status/1052955738220503040

Penjaga gol Brazil melengkapkan episod derita Rusia apabila beliau menjaringkan gol dari kawasan gol beliau ketika perlawanan berbaki beberapa saat.

Ketika itu, pasukan lawan bermain ‘power play’. Kesemua pemain Rusia cuba menyerang pasukan Brazil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN