Pemain-Pemain Dalam Lima Pasukan Tangga Teratas EPL Yang Menjadi ‘Mangsa International Break’

Kecederaan

Seperti yang diperkatakan, rehat antarabangsa jelas menjadi perkara yang amat merisaukan para pengurus buat mana-mana kelab. Pengurus dalam saingan Liga Perdana Inggeris juga tidak terkecuali dari menghadapi dilema yang sama.

Semalam Semuanya BOLA ada menulis mengenai Liverpool yang terus dirundung malang akibat masalah kecederaan yang dihadapi Naby Keita selepas aksi bertemu Rwanda. Beliau mengikut jejak langkah Mohamed Salah dan Sadio Mane yang terlebih dahulu mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, kami senaraikan para pemain bagi lima pasukan tangga teratas EPL yang menjadi ‘mangsa’ kepada rehat antarabangsa (international break).

1) Manchester City

Malang menimpa pemain pertahanan antarabangsa Brazil, Danilo apabila beliau yang baru sahaja pulih dari kecederaan buku lali dilaporkan kembali mengalami kecederaan di tempat yang sama pada pertembungan menentang Argentina di Jeddah.

2) Chelsea

Pemain pertahanan Chelsea turut menerima nasib yang sama apabila pemain muda, Ethan Ampadu terpaksa diusung keluar pada minit ke-50 ketika Wales tumbang 4-1 berdepan Sepanyol.

Peluangnya untuk tersenarai menentang Manchester United kelihatan masih samar.

Antonio Rudiger yang dipanggil membarisi skuad kebangsaan Jerman terpaksa diketepikan berikutan kecederaan ‘groin’ yang dialaminya, bagaimanapun beliau dilaporkan bersedia untuk perlawanan menentang United.

3) Liverpool

Seperti yang dinyatakan, kecederaan yang dialami Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita menimbulkan kegusaran buat Jurgen Klopp.

Namun begitu, Salah dan Mane dilaporkan tidak mempunyai sebarang masalah untuk diturunkan pada perlawanan menentang Huddersfield Town di laman lawan.

4) Arsenal

Pemain pertahanan, Sokratis Papastathopoulos terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama selepas pemain antarabangsa Greece itu mengalami kecederaan buku lali.

Beliau kini dalam pemerhatian sama ada dapat beraksi menentang Leicester City nanti.

Danny Welbeck pula terpaksa diketepikan daripada skuad Gareth Southgate berikutan kecederaan hamstring.

5) Tottenham Hotspur

Ketua pasukan skuad kebangsaan Kenya, Victor Wanyama berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-67 untuk memberikan kemenangan 3-0 menentang Ethiopia.

Bagaimanapun, beliau terpaksa dikeluarkan pada lewat permainan selepas mengalami kecederaan hamstring tetapi pengurus Kenya, Sebastian Migne mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami tidak serius.

Pemain pertahanan sayap England, Danny Rose pula terpaksa diketepikan dari skuad tersebut akibat kecederaan ‘groin’ tetapi sama seperti Wanyama, kecederaan dialami tidak begitu membimbangkan Mauricio Pochettino.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN