Ucapkan Terima Kasih Di Instagram Miliknya, Rufino Segovia Sah Tinggalkan Selangor

Rufino Segovia

Peledak berbisa Selangor, Rufino Segovia bakal meninggalkan skuad ‘gergasi merah’ selepas beliau menitipkan ucapan terima kasih di laman Instagram milik pemain kelahiran Madrid, Sepanyol itu.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, keputusan ini terpaksa diambil Rufino selepas beliau dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) gagal mencapai kata sepakat berkaitan kontrak lanjutan beliau.

Rufino, 33 tahun, direkrut pada musim lalu yang ketika itu digandingkan bersama Francis Forkey Doe. Beliau hanya mampu mencetak 5 gol pada musim pertamanya di Shah Alam.

Impak kehadirannya begitu dirasai pada musim ini apabila beliau begitu tajam di hadapan gol sehingga dinobatkan selaku pemenang kasut emas Liga Super selepas berjaya menjaringkan 19 gol.

Rufino mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan buatnya sepanjang bersama Selangor.

Selain dari kejayaan peribadinya meraih anugerah kasut emas, Rufino juga menjadi tunjang kepada kemaraan Selangor melayakkan diri ke perlawanan akhir Shopee Piala FA 2018.

Namun, Pahang menggagalkan impian mereka untuk meraih piala yang kali terakhir dimenangi Selangor pada 2009.

Bagi saingan Piala FA, Rufino Segovia berjaya menghasilkan 9 gol dan 3 gol pula terhasil dalam kempen Piala Malaysia.

31 gol yang diledakkan pada musim ini sudah cukup untuk membuatkan Selangor serta para penyokong setia skuad merah kuning merasai kehilangan beliau pada musim hadapan, melainkan FAS dapat mencari pengganti yang setaraf dengan kualiti penyudah dimiliki Rufino Segovia musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN