Masalah Kecederaan Terus Membelenggu Liverpool, Naby Keita Mangsa Terbaharu

Keita

Aksi antarabangsa jelas menimbulkan kerisauan buat mana-mana pengurus kelab dan ia menjadi nyata buat Jurgen Klopp apabila Liverpool menghadapi masalah kecederaan ekoran tugasan negara yang digalas pemainnya.

Lebih parah, pemain yang mengalami kecederaan adalah tonggak utama pasukan seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan kini giliran Naby Keita pula termasuk dalam senarai tersebut.

Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan pada masa kecederaan separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan pada perlawanan bertemu Swaziland.

Sadio Mane pula mengalami kecederaan patah tulang jari tangan kiri ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan Senegal pada Isnin lalu.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 10: Mohamed Salah of Liverpool celebrates scoring the first Liverpool goal with Sadio Mane of Liverpool during the Premier League match between Liverpool and Everton at Anfield on December 10, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Virgil Van DIjk juga dikhabarkan masih dalam proses pemulihan kecederaan tulang rusuk walaupun beliau beraksi pada perlawanan bertemu Jerman tempoh hari.

Terbaharu, Naby Keita yang mewakili skuad kebangsaan Guinea terpaksa dikeluarkan selepas beliau mengalami kecederaan peha ketika perlawanan Africa Cup of Nations bertemu Rwanda.

Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 apabila Jose Kante Martinez membuka tirai jaringan pada minit ke-32 buat Guinea dan Jacques Tuyisenge kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

Keadaan yang dihadapi sudah pasti membuatkan Klopp berada dalam keadaan dilema dalam usaha beliau menamakan barisan terbaiknya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris bertemu Huddersfield Town nanti.

Namun begitu, laporan mengatakan bahawa Salah, Mane dan Van Dijk berkemungkinan besar akan diturunkan nanti berikutan kecederaan mereka tidaklah begitu serius.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN