Badhri Radzi Masih Sayangkan Kelantan, Harap Sarung Jersi TRW Musim Hadapan

kapten, piya

Badhri Radzi masih sayangkan Kelantan. Badhri Radzi menyatakan yang dia masih bersemangat untuk kembali bersaing dalam kancah Liga Malaysia musim hadapan.

Kontrak semasa beliau dengan Kelantan akan tamat pada hujung bulan November ini.

Namun beliau jelas mahu membuka lembaran baharu di dalam kariernya.

Beliau mahu membantu Kelantan dalam kembali semula ke kancah Liga Super.

Badhri Radzi bukannya nama asing di kalangan peminat bola sepak tempatan. Beliau merupakan kapten pasukan Kelantan yang paling berjaya di dalam sejarah The Red Warriors.

Kredit: Pemilik gambar

Namun malangnya, musim 2018, Badhri Radzi telah’dibekukan’ oleh jurulatih selepas pengurusan melantik Fajr Ibrahim.

Fajr Ibrahim ketika itu menyenaraikan Badhri Radzi sebagai pemain yang tidak ada dalam perancangan beliau.

Badhri Radzi antara nama yang diarahkan mencari kelab baru oleh Fajr Ibrahim dan KAFA selain daripada Norfarhan Muhammad dan Khairul Fahmi.

Namun begitu beliau tidak dapat mencari kelab. Badhri Radzi tidak menerima penamatan kontrak atas persetujuan bersama pada April 2018 oleh Kelantan dan meminta KAFA meghormati perjanjian yang ada sehingga akhir November.

Bercakap kepada BH Online, Badhri Radzi berkata:

“Saya sudah bertemu Presiden pada Rabu lalu untuk mengetahui kedudukan sebenar selepas hanya mengetahui berita pengguguran saya melalui kenyataan beliau kepada media.”

“Beliau mengesahkan saya telah digugurkan oleh jurulatih daripada senarai pemain musim ini dan meminta saya mencari pasukan lain pada perpindahan kedua bulan depan.:”

“Saya akur dengan keputusan KAFA itu dan akan berusaha mencari pasukan baharu. Tapi selagi belum mendapat pasukan untuk diwakili, saya masih pemain Kelantan kerana kontrak saya berbaki sehingga akhir November ini.”

“Saya sudah menghubungi beberapa pasukan tapi belum mendapat sebarang maklum balas positif. Dalam situasi semua pasukan sudah lengkap, memang agak sukar untuk saya mendapatkan tawaran.”

“Kalau tidak dapat pasukan, saya akan tunggu sehingga kontrak saya tamat kecuali KAFA mahu menamatkan perjanjian itu serta membayar tuntutan gaji yang berbaki sehingga November.”

“Selagi terikat dengan kontrak, saya akan terus turun menjalani latihan seperti biasa bersama pasukan walaupun saya sudah tidak ada dalam perancangan jurulatih.”

Beliau akan berusia 37 tahun pada musim hadapan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau memberitahu dia sentiasa berlatih untuk mengekalkan kecergasannya.

Beliau banyak melakukan latihan secara bersendirian. Badhri Radzi yakin beliau masih ada kudrat untuk bermain di peringkat tertinggi sekurang-kurangnya untuk 2 musim lagi.

Beliau tidak bersembunyi akan kekecewaannya dengan keadaan yang berlaku kepada beliau di mana beliau tidak dapat bermain dengan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN