Arda Turan Terlibat Pergaduhan, Berhadapan Pertuduhan Dengan Hukuman Penjara Lebih 12 Tahun

Arda Turan terlibat pergaduhan di sebuah kelab malam di Turki. Arda Turan kini beliau berhadapan pertuduhan yang menyaksikan beliau boleh dipenjara lebih 12 tahun.

Arda Turan terlibat pergaduhan dengan bintang pop Turki, Berkay Sahin. Ianya selepas Arda Turan dilaporkan bermulut celupar memberikan komen tak senonoh kepada isteri Sahin, Ozlem Ada Sahin.

Turan kini masih dipinjamkan k İstanbul Basaksehir menafikan dia ada bergaduh dengan Berkay Sahin. Beliau sebelum ini menafikan dengan menyatakan tak akan beliau nak bergaduh dengan rakan baiknya.

Namun terdapat beberapa rakamn video dipaparkan oleh beberapa siaran tv di Turki.

Seterusnya Arda Turan juga dilaporkan menceroboh hospital dengan membawa pistol. Dia kemudia menemui Berkay Sahin dan berkata:

“Saya tak tahu yang perempuan itu isteri kamu. Saya minta maaf! bunuhlah saya.”

Laporan semalam menyatakan beliau bakal berhadapan dengan pertuduhan yang sabit kesalahan boleh dipenjara selama 12 tahun.

Arda Turan sudah membuat kenyataan di balai polis berkaitan dengan insiden itu.

Turan diburu oleh media selepas insiden itu. Laporan oleh akhbar Haberturk, Turan terlibat pergaduhan kerana berpunca daripada provokasinya kepada Berkay Sahin dengan menghina isteri penyanyi tersebut.

Sahin kemudian menghantar isterinya balik ke rumah terlebih dahulu untuk bersemuka dengan Arda Turan, 1 lawan 1.

Namun Turan yang tak dapat mengawal kemarahannya telah menumbuk hidung Berkay Sahin dan membuatkan hidung penyanyi itu patah.

Berkay Sahin dikejarkan ke hospital. Arda Turan mengekori kereta yang membawa Berkay dan menunjukkan pistolnya kepada Berkay.

Dia mahu Berkay menggunakan pistol itu untuk membunuhnya kerana kesilapannya.

“Saya tak tahu yang dia isteri kamu, saya minta maaf. Bunuhlah saya.”

“Saya tak tahu dia isteri kamu.”

Turan kemudian menyatakan yang pergaduhan itu sengaja diperbesarkan dan menafikan isteri Berkay Sahin ada terlibat di dalam pergaduhan itu.

Anadolu Agency menyatakan, sekiranya didapati bersalah, Arda Turan bakal berhadapan hukuman penjarah 12 tahun 6 bulan.

Ini kerana beliau akan berhadapan 4 pertuduhan iaitu gangguan seksual, memiliki senjata api tanpa lesen, sengaja mengakibatkan kecederaa dan menceroboh premis awam dengan keadaan merbahayakan keselamatan awam.

Manakala Berkay Sahin bakal berhadapan penjara 2 tahun kerana mengutuk Arda Turan di khalayak ramai.

Turan memang terkenal dengan panas barannya dan banyak terlibat dalam kontroversi. Pada May 2018, beliau didenda £7,000 dan gantung 16 perlawanan kerana mengasari penjaga garisan.

Dan ini bukannya kali pertama Turan terlibat pergaduhan. Tahun lalu, Fatih Terim membuang beliau daripada pasukan selepas menumbuk petugas media pasukan Turki ketika dalam penerbangan.

Turan kemudian mengumumkan persaraannya daripada pasukan Turki.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN