AC Milan Mahu Pulangkan Bakayoko Lebih Awal

AC Milan mahu pulangkan Bakayoko ke Chelsea lebih awal. Ini selepas pemain itu dilaporkan gagal meyakinkan pengurus Rossoneri, Gennaro Gattuso.

Ketika di Monaco beliau antara pemain tengah defensif yang menjadi rebutan. Ini selepas beliau membantu Monaco menjuarai Ligue 1 pada 2016/17.

Bakayoko merupakan pemain tonggak di dalam pasukan tersebut. Hal itulah yang membuatkan Chelsea sanggup membayar £40 juta untuk Bakayoko dan menjual Matic ke Manchester United.

Chelsea mendapat banyak persaingan untuk mendapatkan Bakayoko ketika itu. Chelsea yakin beliau adalah pemain yang tepat untuk memenuhi aspirasi kelab mereka selepas menjuarai EPL.

Bakayoko pemain yang masih muda. Itu juga antara sebab kenapa Chelsea mahukan beliau sebagai salah satu pelan jangka panjang.

Namun selepas itu, karier beliau menjadi sukar di Chelsea. Beliau gagal memberikan aksi terbaik di atas padang.

Beliau kerapkali dikritik terutama sekali peminat Chelsea yang tak berpuas hati dengan aksi beliau.

Dengan Chelsea melantik Sarri sebagai pengurus baharu, agak sukar untuk Bakayoko meyakinkan pengurus itu yang sudah membawa Jorginho.

Chelsea meminjamkan Bakayoko untuk tempoh semusim ke San Siro. Namun kini, AC Milan mahu pulangkan Bakayoko kembali lebih awal daripada yang mereka rancang sebelum ini.

Ianya kerana Gattuso merasakan pemain tersebut tak dapat memberikan yang terbaik kepada tuntutan taktikal beliau dan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengadaptasi bola sepak di Itali.

Gatusso berterus terang menyatakan pemain tersebut bergelut untuk menepati kehendak taktikal beliau. Itu antara sebab kenapa Milan mahu pulangkan Bakayoko lebih awal.

Ketika ini beliau hanya bermain 80 minit dalam Serie A untuk AC Milan. Beliau masih belum ada tanda-tanda akan dapat merampas tempat dalam kesebelasan utama.

Dilaporkan AC Milan mahu pulangkan Bakayoko pada Januari akan datang. Berdasarkan sumber Corriele Dello Sport, Gattuso berkata:

“Bakayoko harus belajar cara mendapatkan bola. Beliau perlu bekerja dengan betul.”

“Ianya tak mudah. 1 minggu tak cukup untuk mengeluarkan pemain yang rosak. Saya lebih suka untuk mengendalikan pemain yang lebih matang dan berpengalaman.”

Bakayoko pastinya berharap akan dapat semula sentuhan beliau di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN