TFC2 Juara Piala Cabaran 2018 Atasi UKM FC, Akanni Sunday Ledak 2 Gol

TFC2 juara Piala Cabaran 2018 yang merupakan edisi sulung. Ini selepas mereka berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas UKM FC dalam perlawanan final ke-2 sebentar tadi.

Dalam perlawanan final pertama, TFC2 dan UKM FC terikat 2-2. TFC2 berjaya menyelesaikan misi mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin.

Perlawanan yang menyaksikan stadium penuh dibanjiri oleh para penyokong Terengganu.

UKM FC terpaksa akur dengan kehebatan TFC2 yang sekaligus mencipta sejarah sebagai pasukan pertama menjulang Piala Cabaran.

2 gol TFC2 (Terengganu FC 2) dijaringkan oleh Akanni Sunday masing-masing 1 gol dalam setiap babak.

Akanni Sunday menjaringkan gol pertama menerusi tandukan jarak dekat.

Manakala gol ke-2 adalah menerusi percubaan jarak dekat dalam keadaan 1 lawan 1.

TFC2 juara Piala Cabaran 2018 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas UKM FC.

UKM FC mengancam kubu lawan pada awal perlawanan. Namun mereka kemudian gagal untuk melakukannya selepas TFC2 mendapat rentak.

Kombinasi pemain import TFC2 antara yang menjadi perhatian dalam perlawanan ini.

2 gol TFC2 adalah hasil gol dan ‘assist’ daripada pemain import mereka.

Ini merupakan pencapaian terbaik TFC2. Pasukan yang dijenamakan semula musim ini menjadi pasukan pembangunan untuk Terengganu FC.

TFC2 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250,000.00 selain daripada Piala.

Piala Cabaran adalah satu inisiatif daripada MFL untuk pasukan yang gagal melayakkan diri dalam saingan Piala Malaysia.

Tahniah kepada TFC2 juara Piala Cabaran 2018 dan syabas juga kepada UKM FC yang mara sehingga ke final.

UKM FC juga sebenarnya mencipta sejarah apabila mara sehingga ke final dalam kejohanan kompetitif di dalam kalendar Liga Malaysia.

Jurulatih UKM FC memberikan ucapan tahniah kepada pasukan TFC2. Beliau mengakui anak-anak buahnya perlu lebih banyak idea ketika menyerang.

Sementara itu pengendali TFC2 Tengku Hazman berpuas hati dengan corak permainan mereka terutama sekali variasi serangan mereka dengan permainan kombinasi.

Bola sepak Terengganu nampak agak meriah ketika ini.

TFC2 juara Piala Cabaran 2018. Sebelum ini TFC3 menang Piala Presiden. Manakala kelab komuniti, Terengganu City FC juara Piala FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN