Sukan Olimpik Belia: Futsal Gantikan Acara Bola Sepak, Beri Peluang Pemain Muda Menyinar

Sukan Olimpik Belia

Sukan Olimpik Belia merupakan temasya sukan tahunan yang masih baru diperkenalkan ke mata dunia. Ia diadakan 2 tahun sekali iaitu musim panas dan musim sejuk.

Namun begitu, jarak antara temasya musim panas dengan musim sejuk ialah 2 tahun. Tetapi, jarak antara temasya musim panas dengan temasya seterusnya dalam musim sama adalah 4 tahun.

Temasya Sukan Olimpik Belia musim panas telah memasuki edisi ketiga penganjurannya. Buenos Aires menjadi hos untuk edisi ketiga selepas Singapura (2010) dan Nanjing, China (2014).

Kemudiannya, Dakar, Senegal akan menjadi hos temasya ini untuk kali keempat.

Seperti namanya, IOC memperkenalkan peraturan atlet mestilah berumur 15 tahun hingga ke 18 tahun. Bagi edisi 2018 ini, atlet yang lahir antara tarikh 1 Januari 2000 hingga 31 Disember 2003 sahaja dibenarkan untuk didaftarkan.

Imbasan 2010

BUENOS AIRES, ARGENTINA – OCTOBER 12: Augustin Raggiati #10 of Argentina challenges Abdulkareem Abbas of Iraq in the Men’s Futsal Group A match between Argentina and Iraq during the Buenos Aires Youth Olympics 2018 at Tecnopolis on October 12, 2018 in Buenos Aires, Argentina. (Photo by Martin Rose – FIFA/FIFA via Getty Images)

Edisi sulung di Singapura pada 2010 menyaksikan acara bola sepak lelaki dan perempuan dipertandingkan. Pada ketika itu, hanya 6 pasukan sahaja bertanding dengan satu kumpulan mempunyai 3 pasukan.

Juara dan naib juara kumpulan mara akan bertanding dalam pusingan separuh akhir. Pemenang perlawanan separuh akhir akan bertanding dalam perlawanan akhir yang menawarkan pingat emas.

Bolivia memenangi pingat emas acara lelaki selepas menewaskan Haiti dengan 5 gol tanpa balas. Tuan rumah, Singapura menggondol pingat gangsa selepas menewaskan Montenegro.

Acara perempuan pula menyaksikan Chile menumbangkan Equatorial Guinea untuk memenangi pingat emas dalam perlawanan akhir. Pingat gangsa diraih oleh Turki.

Acara perempuan turut menyaksikan hanya 6 pasukan beradu nasib.

Sekilas 2014

Peru memenangi emas acara bola sepak lelaki pada edisi 2014 di Nanjing. Sumber: FIFA.

Format yang diperkenalkan masih dikekalkan bagi temasya di China. Acara lelaki menyaksikan Peru mengalahkan Korea Selatan untuk memenangi pingat emas. Iceland menewaskan Cape Verde dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Tuan rumah, China memenangi pingat emas acara bola sepak perempuan. Venezuela memenangi pingat perak manakala Mexico meraih pingat perak.

Perubahan?

Pada 2015, FIFA telah memaklumkan kepada IOC mereka mengambil keputusan untuk memansuhkan bola sepak dalam temasya Sukan Olimpik Belia.

Futsal menggantikan bola sepak mulai temasya 2018. Acara lelaki dan perempuan untuk futsal diwujudkan.

Temasya yang sedang berlangsung di Buenos Aires ini melihatkan 10 pasukan bertanding bagi setiap acara. 10 pasukan itu diagihkan kepada 2 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 5 pasukan.

Juara dan naib juara acara kumpulan akan beraksi dalam separuh akhir. Pemenang perlawanan separuh akhir akan beraksi dalam perlawanan akhir untuk merebut pingat emas.

Penutup

Tindakan FIFA mengubah bola sepak kepada futsal amatlah dipuji. Ini disebabkan durasi penganjuran Sukan Olimpik Belia hanya dua minggu sahaja. Lebih pendek daripada Sukan Olimpik.

Malah, fasiliti Sukan Olimpik Belia tidaklah terlalu besar dan gah jika dibandingkan dengan Sukan Olimpik.

Harapnya skuad futsal kita dapat mencabar slot temasya ini pada masa hadapan. Dan menggondol pingat!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN