Pogba Sedar Diri Tidak Layak Untuk Ballon d’Or, Tetap Mahu Pemenang Dari Perancis

Paul Pogba berkata beliau mahukan pemain dari Perancis diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or pada tahun ini, namun sedar dirinya tidak layak untuk anugerah berprestij itu.

Pemain tengah Manchester United itu adalah antara 30 nama yang disenarai pendek untuk anugerah pemain terbaik tahunan itu yang akan diumumkan pada 3 Disember akan datang.

(Photo by Getty Images)

Enam daripada 30 pencalonan itu itu ialah pemain pasukan kebangsaan Perancis yang menjuarai Piala Dunia di Rusia pada musim panas lalu.

Pemain tengah Chelsea, N’golo Kante dan penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris adalah antara nama yang dicalonkan bersama bintang muda Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, dan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane dan rakan penyerang yang tidak bersama skuad ke Rusia, Karim Benzema turut berada di dalam senarai selepas membantu Los Blancos menjuarai trofi UEFA Champions League musim lalu.

Real Madrid’s French forward Karim Benzema (R) scores a goal past Liverpool’s German goalkeeper Loris Karius (L) during the UEFA Champions League final football match between Liverpool and Real Madrid at the Olympic Stadium in Kiev, Ukraine, on May 26, 2018. (Photo by FRANCK FIFE / AFP) (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

“Tak kira ianya ialah Grizou [Griezmann], Kylian [Mbappe], atau Raph [Varane], mereka semua lebih layak dari saya,” ujar Pogba kepada AFP dan seperti yang disiarkan melalui Sky Sports.

“Saya tidak boleh memilih siapa yang layak diantara mereka. Tetapi dengan sepenuh hati saya berharap ianya akan menjadi milik salah seorang daripada tiga nama ini,” ujar beliau lagi.

France’s midfielder N’Golo Kante poses with the World Cup trophy during the trophy ceremony at the end of the Russia 2018 World Cup final football match between France and Croatia at the Luzhniki Stadium in Moscow on July 15, 2018. (Photo by FRANCK FIFE / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

“Ng [Kante] juga turut tersenarai dan boleh dinamakan sebagai pemenang. Itulah yang saya harapkan. Ramai yang layak untuk anugerah ini. Tetapi saya tidak akan menamakan diri saya.

Sejak dari 2018, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah Ballon d’Or.

Tahun ini kedua-dua pemain itu turut berada di dalam senarai pencalonan, namun saingan yang lebih sengit dan terbuka untuk menobatkan pemain terbaik dunia dipercayai akan lebih terbuka pada tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN