Semalam Ramon Marcote memuat naik status yang menyatakan beliau sedang mengambil lesen peringkat UEFA Pro.
Dan dalam status yang sama Ramon Marcote bertemu dengan Raul Longhi untuk kursus yang sama. Beliau meletakkan kapsyen kedua-dua mereka pernah berkhidmat di Malaysia.
Ramon Marcote dan Raul Longhi, masing-masing pernah menjadi jurulatih Kedah dan JDT. Ramon hanya bersama Kedah beberapa bulan sahaja.
Manakala Raul Longhi pernah dilantik JDT menggantikan Ulises Morais yang terpaksa meninggalkan JDT kerana faktor keluarga.
JDT menggantikan beliau dengan Luciano Figueroa dan dibantu Benjamin Mora dalam penstrukturan semula pasukan.
Longhi membantu JDT menyempurnakan misi kejuaraan Liga Super ke-5 berturut-turut, sekaligus melayakkan diri secara automatik ke ACL 2019.
Kenali serba sedikit lesen UEFA dan lesen UEFA Pro
Lesen UEFA adalah lesen yang pada 2 tahap awal. Manakala lesen UEFA Pro pula bermula daripada tahap 3 dan kemudiannya kepada lesen UEFA Pro B dan UEFA Pro A.
Lesen UEFA Pro ini adalah lesen yang diwajibkan oleh UEFA untuk kesemua jurulatih pasukan yang bertanding di bawah naungan UEFA terutama sekali liga utama di Eropah.
Lesen tertinggi adalah lesen A. Lesen A hanya boleh diambil oleh jurulatih yang lulus Lesen B sahaja.
Marcote dan Longhi ambil Lesen tahap 3 UEFA Pro
Berdasarkan gambar dan tarikh kursus, Ramon dan Raul Longhi bersama-sama jurulatih lain untuk Lesen Tahap 3 dan ianya adalah sudah di peringkat UEFA Pro.
Lesen ini memerlukan jurulatih menamatkan kursus selama 6 bulan. Semua calon mestilah lulus kurus Lesen 2.
Lesen 3 ini adalah lesen yang membolehkan jurulatih pergi ke peringkat lesen B dan seterusnya ke lesen A.
Ini adalah struktur pengambilan lesen UEFA Pro di Sepanyol.
Tahap 1 (UEFA B)
Lesen ini memerlukan jurulatih bekursus selama 2-4 bulan. Mereka akan menamatkan 200 jam kuliah dan 80 jam amali yang berkaitan dengan apa yang mereka pelajari.
Subjek merangkumi:
Anatomi, fisiologi, kebersihan, rawatan kecemasan, psikologi pendidikan, sosiologi, pendidikan fizikal, taktikal individu dan berpasukan, sistem permainan, peraturan permainan dan metodologi pengurusan pasukan.
Tarikh kurus biasanya pada Jun-Julai. Ianya akan diumumkan oleh RFEF.
Lesen ini membolehkan jurulatih melatih pasukan remaja kelab sehingga peringkat 16 tahun. Lesen ini juga boleh digunakan untuk menjadi pembantu jurulatih di mana-mana kelab profesional
Tahap 2 (UEFA A)
Tempoh kursus juga 2-4 bulan. Biasanya pada Oktober-Januari, ataupun pada Februari-Mei untuk kursus biasa.
Bagi kursus intensif ianya diadakan pada Jun-Julai.
Pemegang lesen ini membolehkan jurulatih melatih pasukan remaja sehingga peringkat B-18 tahun, ataupun pasukan simpanan, pasukan pembangunan, pasukan B kelab-kelab profesional Eropah.
Lesen ini juga boleh digunakan untuk menjadi ketua jurulatih pasukan divisyen ke-2 dalam liga di Eropah.
Lesen UEFA Pro
Itu hanya untuk lesen UEFA biasa. Dan seterusnya adalah lesen untuk kategori peringkat UEFA Pro.
Tahap 3 (UEFA Pro)
Ini adalah lesen yang sedang diusahakan oleh Ramon Marcote dan Raul Longhi. Ianya memerlukan 4 bulan kursus. Ianya tergolong dalam lesen UEFA Pro.
Lesen Tahap 3 ini adalah peringkat pertama untuk Lesen UEFA Pro. RFEF menyatakan untuk sesi kali ini seramai 600 jurulatih terlibat.
📷 ¡Foto de familia! Los más de 600 entrenadores que han acudido a #LicenciaUEFAenRFEF posan en el campo principal de la Ciudad del Fútbol
🔗 https://t.co/Iwo4M73Uhl pic.twitter.com/gn8FNkiS5b
— RFEF (@rfef) October 8, 2018
Ramon pun memuatnaik gambar yang sama sebagai kenang-kenangan.
Lesen Tahap 3 UEFA Pro ini adalah kesimbungan daripada Lesen Tahap 2 UEFA ataupun Lesen B UEFA.
Ketika ini sedang banyak kemaskini di RFEF tentang kursus lesen tahap 3 UEFA ini.
Untuk kursus standard (biasa), diadakan pada Oktober-Januari ataupun satu lagi sesi pada Februari-Mei.
Manakala bagi kursus intensif pula ianya biasa diadakan pada April-Julai. Perubahan jadual akan dimaklumkan oleh RFEF.
Untuk memiliki lesen ini, jurulatih perlu ada rekod 6 bulan sebagai ketua jurulatih selepas menamatkan Tahap 2 (UEFA A).
Revolution Global Soccer akan membantu jurulatih mencari kelab tempatan untuk mereka memenuhi syarat ini.
Untuk 3 lesen di atas ini, jurulatih ada jumlah kursus terkumpul selama 22 bulan. Selepas menamatkan kursus UEFA 3 ini, jurulatih perlu menjadi pembantu jurulatih.
Seterusnya mereka akan dimasukkan ke dalam kursus diploma tahap 3. Ini untuk membolehkan mereka mengambil lesen tertinggi iaitu lesen UEFA Pro B dan lesen UEFA Pro A.
Ramon dan Longhi berguru dengan yang terbaik
Pada hari pertama semalam sahaja beberapa nama besar menjadi jurucakap dan juga penceramah dalam sesi kursus mereka.
Antaranya Unai Emery, Mauricio Pochettino, Mikel Arteta dan Ernesto Valverde.
El seleccionador @LUISENRIQUE21 y su cuerpo técnico protagonizan la primera sesión.
🗣 "Tengo el privilegio de disponer de una plantilla enorme, con la posibilidad de elegir a los jugadores que mejor se adapten a nuestra idea"#LicenciaUEFAenRFEF
🔗 https://t.co/Iwo4M73Uhl pic.twitter.com/SAdLVVx80L
— RFEF (@rfef) October 8, 2018
📺 @LUISENRIQUE21: "Tenemos menos días de trabajo con los jugadores, pero nuestra dinámica es la misma de un club"#LicenciaUEFAenRFEF
🔗 https://t.co/Iwo4M73Uhl pic.twitter.com/aYx0rc1eZr
— RFEF (@rfef) October 8, 2018
Ini adalah sesi bersama dengan Mikel Arteta yang merupakan pembantu Pep Guardiola di Man. City.
Selain daripada aspek kejurulatihan, mereka juga mendengar taklimat tentang perubahan dalam bola sepak moden termasuk VAR.
🗣 Frank Ludolph, jefe de los servicios educativos de UEFA:
➡ "UEFA está haciendo un esfuerzo en la formación de entrenadoras y en la promoción del #Futfem"
➡ "La metodología ha cambiado. Ahora trabajamos con ejemplos reales"#LicenciaUEFAenRFEF
🔗 https://t.co/Iwo4M73Uhl pic.twitter.com/so3bkq5ti4
— RFEF (@rfef) October 8, 2018
Presentasi untuk VAR dilakukan oleh Carlos Clos Gómez.
Banyak lagi aktiviti dalam kursus ini yang dihadiri oleh jurucakap, ‘instructor’ dan penceramah yang terdiri daripada nama-nama besar.
Ini kerana Sepanyol memiliki terlalu ramai jurulatih ternama dan berkelas dunia. Selamat maju jaya kepada Ramon Marcote dan Raul Longhi.