MFL Nafi Kenyataan Portal SARAWAKCROCS Berkenaan Komen Kevin

Kevin

Melalui satu kenyataan yang dimuatnaik melalui laman media sosial Facebook pada tengah malam tadi, Malaysian Football League (MFL) telah menafikan Ketua Pegawai Eksekutif badan pentadbir Liga Malaysia itu, Kevin Ramalingham telah membuat kenyataan bahawa pasukan Sarawak mempunyai hutang yang besar.

Semalam melalui laman portal sarawakcrocs.com, portal tersebut telah memuat naik satu artikel bertajuk ‘Hutang Sarawak FA Cukup Besar Kata MFL’.

Antara yang digariskan di dalam artikel tersebut ialah Kevin Ramalingham telah menyebut secara spesifik Sarawak FA antara salah sebuah pasukan yang berhutang besar.

Artikel tersebut pada asalnya dipetik daripada akhbar berbahasa Inggeris, New Strait Times.

Namun demikian, MFL menafikan Kevin atau mana-mana pegawai dari organisasi tersebut telah menyebut secara spesifik Sarawak FA atau mana-mana pasukan lain yang bertanding di Liga Malaysia sebagai pasukan yang berhutang.

SarawakCrocs ialah salah sebuah portal bola sepak terkenal di Sarawak dan sering lantang mengkritik atau menyokong bola sepak Sarawak selama ini melalui berita-berita terkini, dan artikel mengenai bola sepak di Sarawak.

Gambar: Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya

Kami sempat menghubungi SarawakCrocs sebentar tadi, dan pihak mereka mengakui terdapat salah faham dari pihak mereka terhadap artikel asal yang disiarkan oleh New Strait Times.

Enggan menjadikan perkara ini isu besar, SarawakCrocs memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.

Tinjauan kami di portal tersebut, turut mendapati artikel tersebut telah disunting kembali dengan pembetulan.

Sarawak FA mencuri tumpuan pada musim ini apabila hadir ke perlawanan Piala Cabaran menentang Terengganu FC II hanya dengan 13 pemain pada September lalu.

Ketua Jurulatih, Ian Gillian sendiri turut mengakui masalah kewangan melanda persiapan pasukan itu pada musim ini, sehingga ada pemain yang tidak dibayar gaji sehingga empat bulan.

Isu tunggakan gaji turut dikatakan antara punca ada pemain yang tawar hati untuk meneruskan perjuangan dengan skuad Bujang Senang itu.

MFL benar tidak mengeluarkan kenyataan sepertimana yang didakwa oleh SarawakCrocs.

Namun adakah benar Sarawak FA bebas dari belengu hutang yang besar? Itu persoalan yang membuatkan ramai penyokong Sarawak tertanya-tanya sejak sekian lama.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN