Juara bertahan, Real Madrid dikejutkan oleh CSKA Moscow dalam pertandingan UEFA Champions League pada pagi tadi.
Toni Kroos menjadi duri dalam daging buat skuad Los Blancos sendiri apabila hantaran ke belakang tidak kemas dari beliau dipintas oleh Nikola Vlasic.
Vlasic yang merupakan pemain pinjaman dari Everton tidak mensia-siakan peluang yang datang bergolek untuk menewaskan Keylor Navas di kawasan penalti Real Madrid.
Real Madrid turut mempunyai deretan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas itu, namun ia nyata malam yang malang buat wakil dari Sepanyol itu.
Tanpa khidmat Gareth Bale yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan, percubaan dari Karim Benzema, Casemiro dan Mariano semuanya terkena palang.
Penjaga gol CSKA Moscow, Igor Akinfeev diarahkan keluar padang di masa kecederaan selepas menerima dua layangan kad kuning dalam tempoh yang singkat akibat membantah keputusan pengadil.
Namun masa terlalu singkat untuk Real Madrid menggunakan kelebihan pemain yang mereka miliki selepas itu.
Karim Benzema, Casemiro and Mariano hit the woodwork for Real, as the Spanish side, without the injured Gareth Bale, pushed for an equaliser.
Pemilihan pemain oleh Julen Lopetegui untuk perlawanan ini turut dipersoalkan apabila kapten pasukan, Sergio Ramos direhatkan dan Luka Modric hanya dimasukkan pada minit ke-58 perlawanan.
CSKA Moscow kini menduduki tempat teratas selepas dua kemenangan, manakala Real Madrid kini berada di kedudukan kedua Kumpulan G.
Satu lagi perlawanan Kumpulan G berakhir dengan kemenangan dan pesta gol buat Roma apabila membelasah Viktoria Plzen 5-0 di halaman sendiri.
Saksikan rangkuman perlawanan melalui pautan di bawah: