AXA KVL M5: Berpesta Gol Di Ampang, CNA FC Terlalu Gah Buat Revo FC

CNA FC

CNA FC berpesta gol di Stadium Perbandaran Ampang Jaya selepas berjaya menundukkan Revo FC dengan keputusan 7-1 dalam saingan AXA KVL M5, malam semalam.

CNA FC jelas berada di kelas mereka yang tersendiri apabila mencetak lima jaringan pada babak pertama.

Pesta gol CNA FC bermula seawal minit ketiga selepas ledakan dari luar kotak penalti oleh Kisshaen A/L Dhillon terus menerjah gawang untuk membuka tirai jaringan.

Jaringan kedua muncul dua minit kemudian setelah gerakan dari sebelah kanan pintu gol Revo FC berjaya disudahkan dengan baik oleh Badrulamin Abdul Karim.

Raj Kumar A/L Theeventhiran melepaskan peluang untuk menambah jaringan pada minit ke-13 apabila sepakan penalti yang diambilnya tersasar.

Belum sempat para pemain Revo FC menarik nafas lega akibat kegagalan Raj Kumar itu, salah faham sesama pemain mereka memakan diri seminit kemudian.

Kesilapan tersebut memberikan peluang buat Muhd Haiqal Johari untuk menjadikan keputusan 3-0 menerusi sepakan lob yang pada mulanya berjaya ditepis penjaga gol Revo FC, Amirul Fahmi Azhar.

Famurewa Adedeji John berjaya melepasi kawalan pemain Revo FC (jersi kuning) pada perlawanan ketiga di Stadium MPAJ, malam tadi.

Namun, usaha Amirul itu masih belum mampu untuk menghalang bola dari bergolek masuk ke dalam gawangnya.

Darshen Ganesan meletakkan namanya selaku penjaring pada minit ke-18 selepas mencipta gol keempat selepas menerima lorongan cantik dari rakan sepasukannya.

Darshen dengan tenang menggelecek penjaga gol bagi menyempurnakan peluang dalam situasi ‘1v1’.

Peluang tunggal Revo FC menjelma apabila Khairrie Affandie Rosdi yang melakukan gerakan solo, melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang ditepis keluar Mohammad Al Imran Ishak di gawang CNA FC.

Tidak cukup dengan empat jaringan tersebut, pertahanan kental CNA FC, Ugwa Agbai Martyn juga menemui sentuhan jaringan.

Gol pada minit ke-28 itu terhasil selepas Ugwa menguis bola hasil sepakan sudut untuk menutup aksi di babak pertama dengan 5-0 memihak CNA FC.

Muhammad Khairil Adzha Che Ahmad menghadiahkan jaringan saguhati buat Revo FC di minit ke-42 selepas beliau yang menerima hantaran dari sepakan percuma di sebelah kiri pintu gol lawan berjaya menewaskan Al Imran.

Dua lagi jaringan CNA FC dihasilkan oleh Haiqal Johari pada minit ke-53 manakala Kelvin Raj A/L Anandhan menutup tirai jaringan berselang tiga minit kemudian.

Kejayaan manis yang diraih CNA FC ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat mereka selepas mengharungi tiga perlawanan.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: Muhd Haiqal Johari (CNA FC) 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN