Kelibat De Bruyne Di Padang Latihan Legakan Guardiola

Kevin De Bruyne

Pemain tengah antarabangsa Belgium, Kevin de Bruyne telah kembali menyertai latihan selepas kecederaan lutut yang dialaminya. Kepulangan De Bruyne adalah lebih cepat daripada yang dijadualkan.

Pemain tersebut pada mulanya dijangka akan terus disisihkan selama tiga bulan akibat kecederaan ligamen lateral tibial (ligamen dalaman) di lutut kanan beliau kira-kira enam bulan yang lalu.

Walaupun mengalami kecederaan tersebut, De Bruyne disahkan tidak perlu menjalani pembedahan dan telah kembali menjalani latihan menjelang perlawanan UEFA Champions League pada awal pagi Rabu (waktu Malaysia) menentang Hoffenheim.

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 01: Manchester City’s Kevin de Bruyne during training at Manchester City Football Academy on October 1, 2018 in Manchester, England. (Photo by Matt McNulty – Manchester City/Man City via Getty Images)

City akan berkunjung ke Anfield selepas itu untuk berhadapan dengan Liverpool pada Ahad akan datang.

Walaupun sudah mulai menjalani latihan, tidak boleh dipastikan sekiranya De Brune akan terlibat di dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Satu-satunya penampilan pemain tersebut di saingan liga untuk City ialah sebagai pemain gantian pada perlawanan pembukaan kempen musim ini menentang Arsenal.

De Bruyne adalah pemain terbaik Manchester City pada musim lalu. Beliau menjaringkan 12 gol pada musim lalu, dan turut menghasilkan 21 bantuan gol di saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Kevin De Bruyne of Manchester City and Matteo Guendouzi of Arsenal battle for the ball during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Selain daripada trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, De Bruyne turut membantu kelab Manchester itu meraih kejuaraan berganda apabila turut muncul juara Piala Carabao pada musim lalu.

Di peringkat antarabangsa, De Bruyne juga merupakan watak penting di bahagian tengah skuad Belgium, dan membantu negaranya menduduki tempat ketiga selepas disingkirkan juara dunia, Perancis di separuh akhir Piala Dunia yang berlangsung di Rusia.

Perkembangan terkini ini pasti membuatkan Pep Guardiola menarik nafas lega, tatkala Manchester City berada dalam misi memberikan impak di pertandingan UEFA Champions League, dan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN