SCL2018: Tandukan Khairul Nizam Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Kajang AZS

Kajang AZS

Tandukan pada minit akhir permainan oleh Khairul Nizam Baharudin menghadiahkan kemenangan pertama buat Kajang AZS selepas berjaya menundukkan Subang City FC 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Arena MPSJ, malam semalam.

Subang City pantas membuka tirai jaringan apabila Muhammad Syafiq Abdul Hamid yang meluru pantas menuju ke pintu gol Kajang AZS pada minit ke-4 membuat percubaan yang menewaskan penjaga gol, Faiz Ismail.

Kelebihan jaringan tersebut hanya bertahan sembilan lapan minit setelah Kajang AZS FC dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran yang dilakukan pertahanan Subang City terhadap Phillip Abbah Eugine.

Phillip Abbah yang mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki untuk kembali menyamakan kedudukan.

Selepas daripada dua jaringan yang terhasil itu, aksi kedua-dua pasukan tidaklah begitu mendebarkan.

Subang City yang mempunyai pemain sayap lincah juga gagal untuk memanfaatkan kelebihan tersebut untuk terus mencipta jaringan.

Aksi di babak kedua juga tidak banyak dapat diperkatakan setelah kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan tidak menyempurnakan peluang dicipta.

Ketika Subang City FC rancak menyerang dalam usaha mencari jaringan kemenangan pada lewat permainan, Khairul Nizam muncul wira buat Kajang AZS.

Tandukannya hasil sepakan penjuru pada minit ke-70 telah berjaya memberikan kemenangan pertama buat Kajang AZS.

Kajang AZS FC sebelum ini tewas ditangan Duta ZXIV 1-4 dan mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu KRU Port Klang FC pada minggu lalu.

Subang City FC yang baru menghadapi dua perlawanan, seri 1-1 pada aksi menentang CABJ.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN