Kisah Vaclik Tak Tidur Malam Jaga Anaknya Dan Bantu Sevilla Tewaskan Real Madrid

Dalam perlawanan pertengahan minggu, Sevilla mengejutkan Real Madrid dengan kemenangan 3-0.

Salah seorang pemain yang beraksi ialah Tomas Vaclik yang menjadi penjaga gol mereka. Nama Vaclik memang ada dalam senarai pasukan untuk bertemu Real Madrid pada sebelah Rabu.

Namun begitu, beliau tidak dapat tidur pada malam sebelum hari perlawanan. Ini kerana Vaclik terpaksa menjaga anaknya yang dimasukkan ke hospital.

Anak Vaclik mengalami kecederaan selepas terjatuh. Vaclik memaklumkan jurulatihnya, Pablo Machin akan hal itu. Machin memberikan perlepasan khas kepadanya.

Namun beliau menyatakan dia mahu bermain dan yakin boleh memberikan aksi terbaik.

Machin dan staf kejurulatihan Sevilla awalnya tidak mahu menurunkan Vaclik dan meminta penjaga gol mereka itu berehat.

Selepas Vaclik berterusan memberitahu dia mahu bermain dan yakin akan dapat memberikan aksi terbaik. Machin menyenaraikan nama Vaclik.

Menariknya, Vaclik melakukan 3 saves termasuk menafikan percubaan bahaya Gareth Bale ini:

Sevilla menang bergaya 3-0 dalam perlawanan itu. Aksi Sevilla diberikan pujian oleh Julen Lopetegui yang menganggap Real Madrid adalah pasukan kedua terbaik dalam segenap segi.

Ianya juga merupakan kekalahan pertama Real Madrid musim ini di bawah kendalian Julen Lopetegui.

Tamat perlawanan, Pablo Machin memberikan kredit kepada Vaclik. Dalam bilik persalinan pasukan, Machin berkata:

“Kita semua tahu apa yang berlaku kepada Tomas (Vaclik). Jadi, mari kita semua berikan tepukan kepada beliau.”

Kesemua rakan sepasukan Vaclik memberikan tepukan kepadanya. Mereka menghargai kekuatan mental dan fizikal Vaclik yang berjuang demi pasukan dalam perlawanan penting.

Vaclik menyertai Sevilla pada Julai lalu daripada FC Basel. Beliau merupakan pemain Republik Czech pertama yang menyertai pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN