SCL2018: ABMK Teruskan Momentum Kemenangan Selepas Tundukkan MPKJ FC 2-0

ABMK

Akademi Bola Sepak Merah Kuning (ABMK) meraih kemenangan kedua dalam saingan Selangor Champions League 2018 setelah berjaya menundukkan MPKJ The Lions FC 2-0 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Aksi kurang bermaya dipamerkan kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama apabila tidak banyak percubaan berbahaya yang dapat dicipta.

MPKJ The Lions yang sekadar seri pada dua perlawanan terdahulu dilihat lebih kerap melakukan gerakan bagi memburu jaringan.

Namun, usaha tersebut masih belum cukup untuk membuahkan hasil yang diharapkan.

Kesempatan tersebut digunakan ABMK walaupun mereka tidak begitu mengancam ke gawang lawan, sepakan percuma yang diperoleh pada minit ke-24 telah mengubah kedudukan.

Muhammad Zul Hilmi Mohd Zaki yang mengambil sepakan kira-kira jarak 20 meter dari gawang gol MPKJ Lions menggembirakan kem ABMK untuk membuka tirai jaringan dengan percubaan yang terus menerjah jaring.

Ia bukan jaringan sepakan percuma yang pertama berjaya dihasilkan Zul Hilmi apabila beliau juga turut menjaringkan gol menerusi situasi yang sama pada perlawanan Axis-O2 PJ FC, 2 minggu lalu.

Pemain gantian, Muhammad Nuriskandar Abdul Hamid melebarkan kedudukan buat ABMK pada minit ke-48 selepas rembatan dari dalam kotak penalti yang dilepaskan menewaskan penjaga gol MPKJ The lions, Danial Asraf Rani.

Keputusan 2-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk kemenangan kedua buat ABMK manakala MPKJ The Lionspula  masih tercari-cari kemenangan sulung selepas mengharungi tiga perlawanan.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Zul Hilmi Mohd Zaki (ABMK)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN