Untuk sekelian lamanya, Antoine Griezmann sering saja dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.
Setiap kali jendela perpindahan, namanya pasti terpalit dengan potensi berpindah ke Nou Camp tetapi ianya tidak pernah terjadi.
Walaupun begitu, Griezmann mengakui tawaran yang diberikan oleh Barcelona kepadanya sememangnya buatkan dirinya tidak tidur lena menurut ESPN.
Kata Griezmann, beliau menghadapi salah satu detik yang cukup sukar dalam karier beliau sama ada memilih jalan untuk menyertai kelab baharu atau terus kekal bersama Atletico Madrid.
Pada waktu itu, beliau mengatakan yang dirinya menghadapi situasi berbelah bagi kerana ada diantara ahli keluarganya mahu beliau ke Barcelona.
Sementara di satu pihak yang lain, mahukan dirinya kekal di Wanda Metrpolitano.
“Ada satu masa itu saya rasakan tidak begitu selesa dengannya.”
“Terdapat pada satu malam, saya bangun pada jam 3 pagi dan kejutkan isteri tanya dan bertanya, ‘apa yang patut kita lakukan?'”
“Saya cuba untuk bercakap dengan isteri saya mengenai hal ini namun beliau tidak tahu apa yang saya fikir. Begitu juga dengan kedua ibu bapa saya.”
“Ada ahli keluarga saya mahu ke Barcelona dan ada yang mahu saya kekal.”
Griezmann mengakui pengaruh dari rakan sepasukan beliau buatkan dirinya mengambil keputusan untuk kekal di Atletico Madrid.
Rakan sepasukan Griezmann sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan dirinya kekal di kelab dan itu jelas menyentuh hatinya.
Griezmann bermain untuk Atletico Madrid sejak 2014 selepas berpindah dari Real Sociedad.