Alistair: “Pemain Yang Waras Tidak Akan Mahu Keluar Dari JDT”

Juara Liga Super Malaysia sebanyak lima kali berturut-turut menafikan khabar angin yang mengatakan dua daripada pemain mereka mahu keluar keluar daripada kelab tersebut untuk menyertai pasukan lain.

Perkara itu dinafikan oleh Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards sebentar tadi melalui satu muat naik di laman media sosial rasmi milik kelab tersebut sebentar tadi.

Baru-baru ini wujud khabar angin mengatakan pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor dan penyerang, Hazwan Bakri berhasrat meninggalkan juara Piala AFC 2015 itu.

Khabar angin tersebut dikatakan mulai tersebar selepas sebuah laman facebook dari utara tanah air dikatakan menyiarkan kenyataan tersebut.

Menurut Alistair, semua itu tudak masuk akal setelah kedua-dua pemain telah menandatangani kontrak sehingga 2020 dan 2023.

Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Malah Alistair berpendapat pemain yang benar-benar warass tidak akan meninggalkan JDT kerana kemudahan serba lengkap yang dimiliki kelab tersebut, dan peluang untuk bersaing di Liga Juara-Juara AFC pada musim hadapan.

Mengenai Nazmi dan Hazwan, Alistair juga dipetik sebagai berkata dalam kenyataan tersebut:

“Tahun ini, Nazmi Faiz telah memberikan begitu banyak sumbangan kepada kelab dan telah bermain banyak perlawanan. Begitu juga Hazwan Bakri.

Kredit: JST, Facebook

“Oleh itu, pesanan saya kepada semua penyokong JDT, usah percaya kepada apa-apa khabar angin berkenaan isu tersebut kerana tidak ada seorang pemain sekalipun yang akan keluar daripada JDT melainkan 2 pemain yang akan ditamatkan kontrak.

“Kami menyeru kepada para penyokong agar hanya mendapatkan informasi yang tepat dari sumber rasmi kami (JOHOR Southern Tigers) dan elakkan daripada mempercayai laman-laman yang hanya berusaha untuk mendapatkan lebih ‘likes’ semata-mata.” jelas beliau dalam kenyataan tersebut.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN