SCL2018: Mata Penuh Buat Klang Southern FC Selepas Benam Cabaran Gombak FC 2-0

Klang Southern FC

Klang Southern FC memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Selangor Champions League 2018 selepas berjaya menundukkan Gombak FC 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Arena MPSJ sebentar tadi.

Dua jaringan tersebut terhasil di separuh masa kedua selepas aksi di babak pertama berlangsung dengan hambar, sama seperti yang berlaku pada dua perlawanan awal petang tadi.

Klang Southern FC yang dibimbing Gan Chee Lim tidak menunggu lama bagi membuka tirai jaringan sebaik aksi babak kedua bersambung.

Menerusi gerakan yang diilhamkan Jeremy Matthew Danker dari sebelah kiri pintu gol Gombak FC, How Eng Hua meledakkan satu rembatan padu yang berjaya ditepis Shahrul Iman Ahmad Shukri.

Shahrul Afif Shaharuddin yang tidak dikawal di hadapan gol meledakkan rembatan susulan yang sekaligus mengegar gawang Gombak FC pada minit ke-36.

Klang Southern terus bernafsu bagi menambah jaringan apabila sepakan sudut yang diambil Jeremy terus ditanduk Okechukwu Uche George.

Tandukan yang dilakukan pada minit ke-39 itu bagaimanapun ditepis keluar Shahrul Iman bagi menggagalkan usaha pemain pertahanan kental bertubuh sasa tersebut.

Berselang seminit kemudian, Shahrul Iman gagal untuk terus mempertahankan gawangnya dari dibolosi selepas tandukan yang dilakukan Shahrul Afif hasil sepakan sudut dari Jeremy Matthew terus menerjah jaring untuk gol kedua buat Klang Southern FC.

Gombak FC yang memperoleh kemenangan pada perlawanan minggu lalu masih berusaha untuk memburu jaringan tetapi asakan yang dicipta seringkali dihalang oleh Uche George yang kental bertahan.

Dua jaringan Shahrul Afif pada separuh masa kedua tersebut menghadiahkan kemenangan sulung buat Klang Southern FC selepas sekadar seri pada perlawanan minggu lalu bertemu MPKJ The Lions FC.

Pemain terbaik perlawanan: Jeremy Matthew Danker (Klang Southern FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN