Analisis: ‘Tactical Error’ Tuchel vs Gegenpressing & Serangan Dari Belakang Neymar

Tuchel menganggap kekalahan 3-2 di tangan Liverpool sebagai tak masuk akal.

Namun jika anda menyaksikan perlawanan di antara Liverpool dan PSG semalam, anda pasti tahu yang Liverpool jauh lebih baik daripada PSG sepanjang malam.

Memang di atas kertas ianya kekalahan tak logik kerana PSG ada Neymar dan Mbappe yang sangat cergas kerana tidak bermain sebelum ini. 2 pemain ini adalah bintang besar dalam bola sepak hari ini.

Dominasi Liverpool di tengah

Ini merupakan elemen penting dalam kemengan Liverpool. Secara asasnya kedua-dua pasukan menggunakan formasi 4-3-3.

Jadi ada pertarungan antara 3 pemain tengah PSG dan Liverpool.

Gandinan Rabiot, Marquinhos dan Di Maria agak lemah dalam perlawanan ini berbanding, Milner, Henderson dan Wijnaldum.

Marquinhos adalah titik lemah terbesar mereka ketika bertahan dengan berhadapan pasukan high press seperti Liverpool.

Ini adalah contoh Liverpool memecahkan blok padat (tight area) PSG dengan mudah.

Anda bezakan rekod heatmap trio tengah 2 pasukan ini. PSG ternyata lebih defensif berbanding dengan Liverpool.

Ini juga salah satu sebab serangan bertiga PSG tidak mendapat servis lebih baik daripada tengah. Ataupun mereka terputus hubungan.

Pendekatan pressing Tuchel jemput ancaman

Ini merupakan kesilapan terbesar Tuchel dalam perlawanan ini. Beliau ada set pemain yang sangat baik, namun memilih untuk menyerap asakan Liverpool di blok rendah.

Ini adalah contoh di mana, mereka tak berminat untuk menggangu ataupun mendesak Liverpool lebih awal.

PSG kelihatan tidak intensif untuk ‘press high’. Mereka menunggu Liverpool melepaskan bola di kawasan mereka dan kemudian cuba menyerang balas.

Kedua-dua pasukan ada serangan yang sangat laju untuk serangan balas. Tetapi Liverpool walaupun berhati-hati dengan ancaman serangan balas PSG, mereka lebih ofensif untuk bermain.

Ini pula pendekatan Liverpool yang menekan PSG di garisan tinggi.

Ini adalah contoh Liverpool dengan gegenpressing mereka untuk memenangi bola segera di kawasan lawan. Mereka bertahan di kawasan lawan.

Pendekatan Tuchel ini membuatkan Liverpool terus terusan masuk ke kawasan mereka secepat mungkin. Banyak ancaman mereka hadapi.

Mujur mereka ada Thiago Silva yang beraksi sangat baik. PSG banyak memberikan Liverpool sepakan penjuru.

Pendekatan Klopp

Klopp dalam sidang media selepas perlawanan menyatakan mereka menggunakan ruang di belakang Neymar.

Neymar adalah penyerang yang sangat baik namun pemain ini malas bertahan. Klopp menggunakan bahasa lebih sopan, Neymar bukan pemain boleh bertahan.

Sebab itu banyak gerakan Liverpool daripada Trent Alexander Arnold dan James Milner dari ruang belakang Neymar.

Bernat ada kerja yang terlalu banyak ketika bertahan tanpa bantuan Neymar. Heatmap ini adalah pengesahan kepada kenyataan Klopp dengan aksi mereka berpaksikan ruang di belakang Neymar.

Heatmap di bawah adalah Trent Alexander Arnold dan Milner vs Neymar.

James Milner adalah sumber hantaran penting Liverpool daripada tengah.

Kualiti pertahanan PSG dan Liverpool

Ini adalah kualiti yang kedua-dua pasukan agak setara. Liverpool dan PSG memiliki kemampuan untuk merosakkan gerakan lawan mereka di garisan pertahanan akhir.

Ini adalah contoh bagaimana Liverpool mendesak PSG untuk tidak bermain di zon 14.

Namun begitu kualiti serangan mereka juga sangat baik. Liverpool lebih baik secara unit manakala PSG ada 2 bakat kelas dunia iaitu Neymar dan Mbappe.

Liverpool lebih berkesan menyerang secara unit. Manakala PSG pula gagal bermain dalam unit dengan lebih baik. Namun kualiti teknikal mereka tetap mampu hasilkan 2 gol daripada 2 momen penting. Itulah PSG.

Rumusan

Bak kata pengulas ketika kedudukan 2-2, Liverpool adalah pasukan yang selayaknya menang. Namun setiap kesilapan berhadapan dengan PSG terlalu besar kos untuk dibayar.

Tuchel gagal menyediakan pelan taktikal lebih intensif ketika bertahan ataupun tidak cuba melakukan counterpressing.

Mereka juga gagal untuk memenangi zon tengah yang ternyata dimiliki Liverpool.

Jadi bolehlah dirumuskan pendekatan taktikal Tuchel adalah isu utama dalam perlawanan ini. Beliau ada skuad berkualiti tetapi gagal bermain dalam taktikal lebih tajam secara berpasukan.

Apabila anda memiliki pemain seperti yang ada dalam PSG sudah pastinya penyokong meletakkan harapan tinggi untuk melihat bola sepak lebih intensif dan dominan.

Jurgen Klopp jelas sudah menyediakan pelan taktikal lebih baik untuk berhadapan dengan PSG. Jelas Liverpool tidak terlalu gopoh dan lebih sabar ketika menyerang.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN