FC Pemanis Umum Cik Nani Sebagai ‘Kitgirl’, Yakin Lantik Orang Tepat Kerana Kesungguhannya

Sebentar tadi FC Pemanis mengumumkan juru kit terbaru mereka. Pasukan ini melantik seorang gadis berusia 26 tahun yang dikenali dengan nama Nani.

Musim lalu, kelab Terengganu City FC mengumumkan Fisioterapi wanita. FC Pemanis pula melantik kitman wanita yang mereka gelar kitgirl.

FC Pemanis yakin Nani orang yang tepat untuk jawatan itu. Ini kerana Nani merupakan anak daripada keluarga yang memiliki latar belakang teknikal bola sepak.

FC Pemanis dalam kenyataan media rasmi mereka berkata:

“Suka kami umumkan, ini dia KIT GIRL FC Pemanis yang berdedikasi dan komited.”

“Beliau mengetuai segala persiapan pasukan termasuk pakaian, minuman dan macam-macam lagi.”

“Nama digelar Cik Nani berasal dari Pulau Manis, Serada Kuala Terengganu.”

“Minatnya dalam bolasepak lahir daripada turun temurun bapanya seorang Pengadil Bolasepak & Sepak Takraw yang juga penyokong setia Terengganu Football Club sejak remaja. ”

“Kesungguhan Cik Nani terserlah sejak dari bangku sekolah lagi. Beliau banyak membantu program komuniti dan sentiasa aktif didalam program belia.”

“Ketegasan dalam menguruskan pasukan juga menjadi pilihan kami melantik beliau sebagai Penyelia @ Kit Girl pasukan ini.”

“Terima kasih atas kesungguhan selama ini. Selamat Maju Jaya Cik Nani!”

Cik Nani pastinya sedar ianya bukan tanggungjawab yang mudah. Beliau antara kelompok kecil wanita yang berada dalam bidang yang didominasi kaum hadam ini.

Siapa tahu suatu hari nanti Cik Nani akan menjadi juru kit kepada pasukan besar.

Apa tugas kitman?

Kitman adalah jawatan di belakang tadbir bola sepak. Mereka ini memang orang tak sedar pun kehadiran mereka.

Tetapi dalam sesebuah pasukan jawatan ini sangat penting. Mereka adalah orang yang menyediakan kelengkapan pasukan dari segi bola, jersi, kon, dan pelbagai lagi termasuk ada yang sediakan stoking dan kasut pemain di bilik persalinan.

Mereka menyediakan kelengkapan untuk latihan dan hari perlawanan. Apabila jurulatih merancang satu latihan mereka akan berkomunikasi dengan kitman, apa peralatan beliau perlukan. Berapa saiz padang latihan diperlukan.

Sebelum latihan bermula, kitman sudah memastikan kesemua peralatan itu disediakan. Jika latihan pukul 8 bermula, kitman sudah menyediakan segalanya sejam lebih awal.

Pada hari perlawanan selain menyediakan jersi mereka juga membantu menyediakan peralatan untuk sesi memanas badan sebelum perlawanan dan ketika rehat perlawanan. Mereka yang menyediakan dan juga mengemaskannya.

Mereka adalah orang yang tiba awal di pusat latihan ataupun venue perlawanan dan orang terakhir yang akan meninggalkan tempat tersebut.

FC Pemanis adalah kelab amatur yang sedang bersiap sedia untuk musim baru bola sepak mereka dalam Liga M5, Terengganu Amateur League.

Perlawanan pertama mereka adalah menentang Kebilal KTRW pada Sabtu ini. Jangan lupa untuk datang saksikan mereka beraksi.

Kami dimaklumkan yang FC Pemanis akan mengadakan sesi pengumuman penaja-penaja dan rakan baharu kelab mereka tak lama lagi.

Selamat Maju Jaya untuk Pemanis FC dan juga kepada Cik Nani semoga sukses di bidang anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN