Ketajaman penyudah penyerang Liverpool, Roberto Firmino dan Daniel Sturridge mendapat pujian daripada pengurus kelab itu, Jurgen Klopp selepas memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan dramatik 3-2 ke atas kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.
Liverpool selesa mendahului dua gol menentang juara Perancis yang dibarisi ramai pemain bintang selepas Sturridge menanduk masuk gol pertama pada minit ke-30, sebelum James Milner menyempurnakan sepakan penalti, enam minit selepas itu.
.@LFC boss Jürgen Klopp on new beginnings and a fresh start – with @PSG_English & @neymarjr up first pic.twitter.com/Sqre136L8y
— Carl Markham (@carlmarkham) September 18, 2018
Thomas Meunier memberikan gol pertama untuk PSG sebelum tamat babak pertama dan jaringan Kylian Mbappe memastikan pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-83.
Namun, penyerang Brazil, Firmino masuk sebagai penyerang gantian menjadi wira Liverpool dengan meledak gol kemenangan pada masa tambahan sehingga mengembirakan Klopp.
“Ia amat penting untuk memulakan kempen seperti yang kami lakukan ini. Kami menguasai bola dengan baik,” kata Klopp.
The time Jürgen Klopp has had to build up Liverpool really shone through tonight and his personality really shows in his side. Thomas Tuchel isn't there with PSG just yet. #LFCPSG https://t.co/2dDKJkAxBK
— Matt Pearson (@thisismpearson) September 18, 2018
“Kami menukar sistem kerana kami menjangkakan mereka melakukan perubahan. Kami perlu terus fokus dan menutup setiap ruang. Kami menjaringkan gol menarik, mereka memang pantas.
Sturridge diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama musim ini dan yang pertama dalam perlawanan Liga Juara-Juara untuk tempoh enam tahun.
Selepas dipinjamkan ke West Bromwich Albion musim lalu, karier penyerang England yang kerap dilanda kecederaan itu tampak bakal berakhir.
Bagaimanapun dia kembali cergas dan sudah mengumpul dua gol bersama Liverpool setakat ini.
“Daniel (Sturridge) beraksi dengan cemerlang. Saya tidak pernah melihat dia cergas seperti ini sebelum ini. Dia sentiasa berada di setiap sudut dalam padang. Dia membantu bahagian kiri dan kanan, dia juga berada dalam kotak penalti ketika diperlukan,” kata Klopp.
Jürgen Klopp says he wouldn't swap his front 3 for PSG's.
Would you? 🤔#UCL #LFCPSG #LFC #PSG pic.twitter.com/CHYukBvMZZ
— DW Sports (@dw_sports) September 18, 2018
Sturridge dibawa keluar untuk memberi ruang kepada Firmino yang diletakkan di bangku simpanan akibat kecederaan mata selepas dikasari pemain Tottenham, Jan Vertonghen dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Wembley pada Ahad lalu.
Namun, ia langsung tidak menjejaskan Firmino yang melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol PSG, Alphonse Areola untuk menggamatkan Anfield.
Firmino berlari ke arah penyokong untuk meraikan gol itu dengan gaya tangan menutup sebelah matanya yang cedera.
“Anda boleh membawa masuk Bobby Firmino untuk membantu pasukan. Saya sukakan cara dia meraikan gol,” kata Klopp.