VIDEO: Saksikan Voli ‘Super Icardi’ Yang Cetus Kebangkitan Inter Benam Spurs

Ia adalah malam debut bagi Mauro Icardi dalam pertandingan UEFA Champions League.

Dan pemain kelahiran Argentina ini melakukannya dengan penuh gaya. Satu rembatan voli dari luar kotak penalti yang mengegar jaring Tottenham Hotspur untuk mencetuskan kebangkitan Inter Milan.

Sebelum itu Christian Eriksen meletakkan Spurs di hadapan pada minit ke-53 perlawanan, setelah kedudukan di San Siro berkesudahan tanpa jaringan pada babak pertama perlawanan.

Pasukan pelawat tampak selesa selepas itu untuk baki perlawanan, sehingga perlawanan menuju ke tempoh empat minit terakhir.

Penyerang Argentina itu membenamkan satu voli cantik dari jarak lebih kurang 25 meter untuk menyamakan kedudukan buat Inter.

Jaringan tersebut jelas memberi momentum seterusnya buat Inter memburu kemenangan, dan akhirnya mereka berada di hadapan melalui Matias Vecino di minit akhir perlawanan.

Jaringan oleh Vecino memberikan kemenangan dramatik kepada Inter Milan ke atas Spurs sekaligus meletakkan wakil Itali itu di kedudukan kedua Kumpulan B.

Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, Barcelona membelasah PSV Eindhoven 4-0 untuk mendahului Kumpulan B selepas satu perlawanan.

Icardi memilih untuk menyertai Barcelona pada 2007 ketika usia remaja walaupun turut menarik perhatian beberapa kelab Eropah lain termasuk Real Madrid, Valencia, Arsenal dan Liverpool.

Empat tahun bersama akademi Barcelona, pemain ini bertekad meninggalkan Sepanyol untuk menyertai Sampdoria, sebelum berhijrah sekali lagi untuk bersama Inter Milan pada 2013.

Jaringan menentang Spurs pada malam tadi bukan jaringan pertama Icardi untuk kelab di peringkat Eropah.

. (Photo by Claudio Villa – Inter/Inter via Getty Images)

Sebelum ini Icardi turut pernah menjaringkan empat gol dalam pertandingan UEFA Europa League untuk Inter Milan pada musim 2014/15, dan dua lagi gol pada musim 2016/17.

Tetapi jaringan menentang Spurs ini bermakna Icardi sudah membuka akaun gol dalam pertandingan bola sepak elit eropah ini.

Kali terakhir Inter Milan beraksi di pertandingan UCL ialah pada musim 2011/12, setelah tampil juara pertandingan tersebut pada musim 2009/10 di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Saksikan voli cantik dari Mauro Icardi melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN