Thomas Tuchel Anggap Liverpool Antara Pasukan Pilihan, Tidak Mahu Anak Buah Lakukan Kesilapan

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel menyifatkan lawan yang bakal ditentang anak buahnya, Liverpool adalah salah sebuah pasukan pilihan bagi menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Sehubungan dengan itu, beliau melaungkan amaran buat para pemain PSG terhadap ancaman yang bakal diberikan The Reds di Anfield nanti.

Liverpool yang tewas pada perlawanan akhir musim lalu ditangan Real Madrid disifatkan Tuchel mempunyai potensi untuk terus menyerlah.

Lebih menarik, skuad bimbingan Jurgen Klopp itu juga cemerlang dalam saingan domestik apabila memenangi lima perlawanan awal aksi Liga Perdana Inggeris.

”Banyak pasukan pilihan bagi menjuarai saingan muism ini tetapi Liverpool adalah salah satu daripadanya.”

SINGAPORE – JULY 27: Thomas Tuchel Manager of Paris Saint-German actions during training ahead of the International Champions Cup 2018 match between Arsenal v Paris Saint Germain on July 27, 2018 in Singapore. (Photo by Thananuwat Srirasant/Getty Images for ICC)

”Dalam bola sepak dan buat saya, kadangkala ia adalah sukar, kami perlu memahami bahawa terdapat perkara yang tidak dapat dijelaskan.”

”Satu hari, anda boleh memperolehi kemenangan yang hebat dan ia memberi peluang buat anda untuk mengumpul momentum.”

”Ketika itu anda perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya dan tidak melakukan sebarang kesilapan.”

”Real Madrid telah membuktikannya kepada kami bahawa ianya berhasil.”

Pada pusingan 16 terbaik musim lalu, PSG tumbang 3-1 ketika bertemu Real Madrid pada perlawanan pertama di Santiago Bernabeu manakala turut tumbang 2-1 pada aksi timbal balik.

PSG dan Liverpool akan bertemu pada awal pagi Rabu di Anfield bagi perlawanan pembukaan saingan Liga Juara-Juara Eropah 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN