Kerana Bakar Suar Di Stadium, JDT Dihukum Oleh FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil keputusan untuk mendenda kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas kesalahan yang dilakukan oleh penyokong mereka.

Menerusi laman rasmi FAM, keputusan itu dilakukan hasil dari mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAM yang baru bersidang.

JDT menerusi Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) telah didapati bersalah selepas para penyokong mereka membakar suar ketika perlawanan unifi Piala Malaysia menentang pasukan Kelantan.

Sumber: JDT, Facebook

Dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, para penyokong tuan rumah telah membakar 25 batang suar ketika perlawanan.

Ianya telah melanggar peraturan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Hasil daripada kesalahan itu, FAM telah mendenda PBNJ dengan persatuan itu perlu membayar RM 15 ribu dan diberikan amaran keras dari badan induk bola sepak Malaysia itu.

Dalam masa yang sama, FAM turut menggantung pemain MIFA iaitu Kpah Sean Sherman yang melakukan kekasaran melampau ke atas Liridon Krasniqi.

Dalam perlawanan antara MIFA dan Kedah tempoh hari, Sherman telah mengasari bahagian lutut Krasniqi.

Beliau diberikan penggantungan 1 perlawanan secara automatik dan akan digantung untuk 2 perlawanan tambahan.

Sherman akan terlepas perlawanan menentang Kelantan, JDT dan juga perlawanan suku akhir pertama MIFA dalam saingan Piala Malaysia sekiranya layak.

Jika tidak layak, penggantungan itu akan dibawa ke satu lagi perlawanan rasmi pada musim hadapan.

Sherman turut diberikan amaran keras oleh FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN