Ong Kim Swee Harap Akhyar Rashid Berhati-Hati Pilih Kelab Luar Negara

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menasihati bintang muda negara, Akhyar Rashid supaya berhati-hati dalam memilih  kelab yang ingin disertainya serta memastikan dia mempunyai tempat dalam kesebalasan utama pasukan.

Baru-baru ini, penyerang muda Kedah itu meluahkan hasrat untuk beraksi bersama kelab di Jepun dan Thailand jika mendapat tawaran rasmi dari sana.

Kim Swee menyokong hasrat itu dan menjelaskan Akhyar sememangnya memiliki pakej lengkap untuk beraksi di liga-liga utama Asia ketika ini berdasarkan prestasinya ketika beraksi dalam kejohanan AFC dan Sukan Asia. r

“Pertama kita kena tahu kelab dari Jepun merupakan kelab daripada mana adakah J1, J2 atau J3. Begitu juga dengan liga Thailand, adakah tawaran itu nanti datangnya dari liga utama atau divisyen dua.

“Namun perkara kedua paling mustahak untuk mengetahui apakah perancangan kelab terbabit buat Akhyar adalah dia akan berada dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan.

“Untuk umur Akhyar 19 tahun dia perlukan banyak perlawanan-perlawanan kompetatif, tak guna kita pergi dengan wang ringgit yang banyak tetapi tidak mempunyai tempat dalam pasukan.

“Jadi dia perlu berfikir secara mendalam dan jika ada ejen pastikan ejen berbincang dengan pihak kelab apa tujuan mereka untuk memilih kelab itu,” katanya kepada Berita Harian.

Ong Kim Swee bercakap kepada pemberita ketika sesi latihan skuad bawah 23 tahun negara bulan lepas. FOTO: FAM

Ejen Akhyar, Marquee Managment Sdn Bhd mengesahkan mereka kini sedang mengenal pasti beberapa kelab yang mungkin berminat untuk mendapatkan khidmat pemain yang digelar “messi kedah” itu.

Walaubagaimanpun, Kim Swee juga mahu peminat bersikap realistik dan tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Akhyar jika beliau berhijrah ke luar negara.

“Dia perlukan masa walaupun dia ke Liga Jepun kerana kita tak boleh nak harapkan Akhyar terus jadi ‘Superstar’.

“Dia perlukan masa dan jika mendapat bimbingan yang betul daripada kelab profesional, saya yakin Akhyar akan pergi lebih jauh daripada itu,” jelas Kim Swee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN