Tiada Jodoh Buat Shah Alam Antlers & Cheras Raptors Disatukan Dalam SCL2018

SCL2018

Debaran buat 18 pasukan yang berjaya meloloskan diri ke saingan utama Selangor Champions League 2018 (SCL2018) semakin dirasai selepas majlis undian bagi edisi ke-3 itu disempurnakan malam tadi.

Majlis yang diadakan di Sunway Clio Hotel itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.

Kehadiran pemain Liga Super Selangor, Mohd Amri Yahyah dan Rufino Segovia turut menyerikan lagi majlis apabila kedua-dua pemain berpengaruh buat skuad The Red Giants itu diberikan penghormatan untuk mencabut undi.

Juara bertahan, Axis-02 PJ FC yang dilabel sebagai pilihan untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu diletakkan dalam kumpulan A.

Lapan pasukan lagi yang bakal memberikan saingan buat mereka adalah Akademi Bola Sepak Merah Kuning, Klang Southern FC, Kajang MPKJ The Lions, Banting Naga FC, Shah Alam Antlers FC, Puchong Fuerza FC, Gombak FC dan Paya Jaras Hiliran FC.

Bagi saingan kumpulan B pula menampilkan juara Liga Super FAS 2017, NPNG FC Damansara Damai yang akan menghadapi cabaran daripada pasukan-pasukan seperti Gombak Hypernova FT, Klang Valley United, Cheras Raptors FC, Club Atletico De Bukit Jelutong, KRU Port Klang FC, Kajang AZS FC, Duta ZXIV dan Subang City FC.

Keputusan penuh undian itu juga gagal merealisasikan impian sebahagian besar peminat yang mahukan dua kelab komuniti terbesar di Malaysia iaitu Shah Alam Antlers dan Cheras Raptors diletakkan dalam satu kumpulan.

Aksi Selangor Champions League 2018 akan bermula pada 15 September yang menyaksikan Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya menjadi lokasi pilihan pada musim baharu ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN