Dikecam Sehingga Digelar Lesbian, Bellerin Minta Peminat Fahami Hobi Dan Fesyen

Hector Bellerin adalah nama yang bukan asing dalam bola sepak. Beliau juga dikenali dengan kegilaannya kepada dunia fesyen dan seni.

Beliau yang dikenali dengan larian yang deras di dalam padang. Beliau menceritakan cabaran sebagai pemain bola sepak hari ini agak luar biasa.

Kecaman itu bukan hanya terarah kepada bola sepak tetapi kepada gambar beliau dengan fesyen tertentu.

“Ada beberapa kecaman itu sangat teruk dan memberikan kesan.”

“Kebanyakan kecaman teruk itu adalah di atas talian. Namun pada masa yang sama anda juga akan mendengar kecaman itu di dalam stadium.”

“Ada yang memanggil saya lesbian kerana imej saya yang berambut panjang.”

“Ada banyak lagi kecaman berbentuk homophobic ini.”

“Saya membesar dengan kulit yang tebal. Tetapi ada juga yang tetap memberikan kesan kepada anda.”

Sebelum ini Bellerin menghadiri Minggu Fesyen London, dengan selipar Gucci dan kot hitam.

Bellerin memang menyatakan yang beliau lahir dalam keluarga yang gemarkan dunia fesyen.

Beberapa laman bola sepak dan halaman media sosial menjadikan beliau bahan jenaka. Sehingga ada yang meminta seeorang memasukkannya di dalam tong sampah berdekatan.

Ada juga yang menyakat beliau salah pakai baju dan memakai baju tidur wanita.

“Masalahnya sekarang, adakah orang-orang ini tahu bagaimanan penampilan seseorang pemain bola sepak? Bagaimana perwatakan mereka ataupun bagaimana pemain bola sepak bercakap?”

Bellerin merujuk kepada pemain bola sepak pun manusia biasa dan ada penampilan tersendiri termasuk yang gemar berfesyen.

“Apabila anda (pemain bola sepak) berpenampilan lain daripada yang lain, anda terus menjadi sasaran. Ya memang ada tekanan untuk dihadapi. Ini sangat bahaya.”

“Dalam hidup ini kita semua bebas untuk mengekspresikan diri. Setiap orang akan gembira untuk hidup begitu.”

Rio Ferdinand juga pernah menyakat Bellerin di twitter.

Beliau juga menyatakan yang media sosial ibarat madu dan racun.

“Ianya boleh menjadi satu rahmat, pada masa yang sama boleh menjadi satu sumpahan ataupun kutukan.”

“Pada awal saya menyertai Arsenal, harapan peminat tak tinggi, jadi apabila saya bermain baik saya sentiasa membuatkan ramai kagum.”

“Dan, pada ketika saya bermain teruk, mereka mulai hilang akal. Paling teruk adalah kira-kira setahun setengah yang lalu.”

“Ramai yang bercakap benda baik, namun sudah menjadi lumrah orang akan cari benda buruk.”

“Saya terpaksa memadamkan akaun sosial saya. Kemudian saya ‘install’ balik.”

“Twitter adalah sumber informasi yang sangat baik. Pada masa yang sama saya belajar untuk berhadapan dengan serangan ini dengan cara lebih baik.”

Beliau menyatakan yang beliau gembira dengan transisi di bawah Unai Emery dan seperti terasa di kelab baharu dengan ramai staf jurulatih yang baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN