Quantcast

BERITA

Cazorla Kongsi Detik Sukar Dan Kisah Wenger Lanjutkan Kontrak Beliau Sebelum Pembedahan

‘Saya adalah serpihan puzzle’, itulah yang dikatakan Cazorla ketika menceritakan bagaimana kulit pada lengannya ditampal di buku lalinya.

Kulit yang ditampal itu ada tertulis tatu nama anaknya, India.

Cazorla berehat panjang untuk 668 hari daripada bola sepak selepas kecederaan yang dianggap Wenger sebagai paling teruk pernah beliau saksikan.

Bercakap kepada The Guardian, bekas pemain kebangsaan Sepanyol ini berkata:

“Anak saya peminat bola sepak, dia pernah tanya, ayah tak akan main bola lagi?”

“Saya jawab, saya akan bermain lagi. Dia kata, ‘dengan kaki ayah’? ‘Tapi kaki ayah sekarang nampak pelik’.”

“Sekarang dia menyaksikan saya kembali bermain bola sepak. Itu sangat bermakna.”

“Saya mencubit diri saya ketika saya kembali bermain bola sepak semula pada hari Sabtu.”

Detik ngeri karier Cazorla

Kecederaan di kaki beliau bermula pada 2013, ketika tulang buku lalinya terasa sakit dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Kecederaan adalah musuh utama Cazorla. Jika tidak beliau yang ada 77 kaps kebangsaan sudah bersama-sama rakan-rakannya menjulang Piala Dunia 2010.

Namun tetap Cazorla menjulang 2 Euro dengan Sepanyol pada 2008 dan 2012.

“Doktor di Arsenal menyatakan saya ada kecederaan buku lali. Itu sahaja dan mereka letakkan pembalut (bandage) dan ianya akan berhenti beberapa hari.”

“Namun semakin lama, keadaan menjadi semakin buruk. Rehat separuh masa seperti membunuh saya kerana buku lali terasa ‘beku’ dan saya akan ‘lumpuh’ untuk 15 minit pertama separuh masa kedua.”

Cazorla memberitahu yang beliau mahu melakukan mengayuh basikal stationary untuk memastikan kakinya terus ‘panas’. Namun ianya tak sama dengan kecergasan berlari di atas padang.

“Saya lalui kesakitan ini sehinggalah perlawanan menentang Ludogorets pada Oktober 2016. Ketika itu saya menangis kesakitan.”

Di situlah cerita ngeri kisah beliau bermula. Di mana kakinya telah terkena jangkitan bakteria dan bermacam-macam lagi kuman.

Bakteria memakan sehingga 10 sentimeter tendon beliau. Ianya semakin teruk dan merebak ke bahagian tulang.

Sebelum ini memang beliau sudah melalui beberapa siri rawatan kecederaan terutama sekali melibatkan tendon.

Beliau menjalani pembedahan yang tidak pulih dengan sempurna. Luka itu yang terbuka dan mengundang jangkitan kuman dan bakteria.

Pada Disember 2016, doktor dari Sweden membedah beliau sekali lagi.

Cazorla kembali ke Sepanyol untuk mendapatkan rawatan kecergasan daripada fisio yang beliau percayai, Juan Carlos Herranz.

Ketika itu beliau yakin akan kembali bermain bola sepak dalam masa beberapa bulan lagi.

Cazorla: ‘Saya diberikan harapan di Sepanyol’

Namun lukanya yang tidak dirawat sebaiknya telah membuatkan Cazorla perlu menjalani pembedahan lagi di London.

Doktor di London menasihatkan Cazorla untuk melupakan pasal bola sepak, lebih baik fokus kepada kehidupan normal bersama-sama keluarga dan bermain dengan anak-anak.

Doktor tersebut tidak memberikan harapan kepada Santi Cazorla.

“Saya tak ambil pusing sangat apa yang mereka katakan kerana saya tahu saya tak akan di situ untuk proses rehabilitasi.”

Cazorla kecewa dengan kenyataan doktor yang seperti sudah tak kuasa dan berputus asa dengan beliau.

“Saya putuskan untuk pulang ke Sepanyol kerana di sana mereka lebih faham keadaan saya.”

“Di Sepanyol mereka berkata: Santi, anda ada kecederaan yang mengganggu karier anda tetapi kita bersama-sama berjuang agar kamu kembali bermain.”

“Di London, mereka¬† (doktor) sudah membuat keputusan sendiri untuk saya.”

Dr.¬†Mikel Sanchez di Vitoria mengambil alih kes Cazorla dan mahu mengubah nasib Cazorla yang sudah ‘ditentukan’ oleh doktor di London.

“Mikel meyakinkan saya bahawa beliau pakar dalam melakukan penampalan kulit namun masalah utama saya sekarang adalah, jangkitan itu dari dalam kulit.”

“Beliau mendapati ada 2 bakteria dan satu lagi di dalam tulang.”

“Semua bakteria itu bahaya, namun yang paling bahaya adalah bakteria yang sedang memakan tulang.”

“Apabila Mikel membina semula tendon saya, dia menyedari betapa teruknya kondisi tulang saya.”

“Beliau boleh cucuk tulang saya yang dimakan bakteria dan mendapati ianya seperti plastisin.”

Tulang Santi dibina semula dan mereka cuba membuat tendon yang baharu.

“Mereka beritahu saya perlu ‘membuka’ kaki saya, buka lagi, lagi dan lagi, sehinggalah mereka berjumpa dengan tendon itu.”

“Saya kehilangan 10 sentimeter tendon saya dan doktor Mikel memberitahu yang saya bernasib baik tak hilang lebih banyak.”

“Mereka kemudiannya mengambil tampalan¬†daripada paha saya dan meletakkannya di lengan saya.”

“Itu adalah untuk menutup kulit.”

“Seterusnya arteri yang mereka ambil daripada lengan saya ditampal pada buku lali saya.”

“Dan mereka mengeluarkan semua otot¬†semitendinosus untuk membuat tendon baru.”

“Ada beberapa bahagian di badan saya tak berada di tempat sepatutnya. Saya seperti jigsaw puzzle!‚Äô”, katanya sambil ketawa.

Beliau berkata, dia ada rasa untuk menyalahkan orang apabila melalui kesemuanya.

Cuma beliau terkilan, doktor di Arsenal ataupun London tersebut tak meminta maaf langsung selepas terlepas pandang.

“Ada ramai orang yang tidak bertindak dengan sebaiknya. Namun orang yang paling salah dalam hal ini adalah saya.”

“Sayalah yang memilih siapa yang merawat saya. Sepatutnya saya terus ke Sepanyol.”

“Saya boleh salahkan ramai orang yang tidak melakukan kerja dengan betul dalam memperbaiki masalah saya ini. Namun akhirnya, kesilapan ini semua berpunca daripada keputusan saya.”

Ditanya sama ada beliau terfikir untuk mengambil tindakan ke atas doktor yang gagal merawat beliau sebaiknya?

Namun Cazorla enggan cari masalah dengan doktor pasukan yang ada kaitan dengan Arsenal, kelab yang beliau sayangi.

Arsenal juga telah banyak menjaga beliau sepanjang karier beliau di sana.

Pada masa yang sama, beliau mengenang budi Arsene Wenger kepada beliau.

“Keluarga saya ada menyatakannya kepada saya. Namun ada ramai yang menasihatkan saya, perkara itu bukan mudah untuk memenangi kes melibatkan perubatan.”

“Lalu saya tak nampak ianya akan menjadi jalan penyelesaian terbaik.”

Beliau tidak akan berdendam dengan pasukan perubatan Arsenal namun agak kecewa kerana mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab.

“Mereka tak pernah mengakui bertanggungjawab. Ya, setiap orang melakukan kesilapan, dan apa salahnya berkata: Kami minta maaf, kami tak sedar akan perkara ini.”

“Namun buat masa ini, mereka tidak berbuat demikian.”

“Ketika saya memberitahu mereka akan bakteria itu, mereka kata mereka tahu dan sedar akan perkara itu.”

“Namun mereka tak tahu jenis bakteria yang ada di kaki saya kerana tak pernah menemuinya.”

Ketika di London, doktor hanya memberikan antibiotik dan tidak tahu akan kehadiran bakteria tersebut.

“Memberikan antibiotik sahaja tak sama dengan memberikan antiobiotik yang spesifik kepada bakteria di kaki saya.”

“Seterusnya, pembedahan tidak dilakukan dengan baik dan kesan pembedahan terus terbuka. Ianya membuatkan lebih banyak kuman lain masuk.”

“Ketika di Vitoria, mereka memberitahu saya yang bakteria itu sangat banyak.”

“Salah satu daripadanya adalah bakteria yang paling utama dalam masalah ini. Ianya menjangkiti saya selepas pembedahan besar.”

“Dan pembedahan terbesar saya lalui sebelum itu adalah di London.”

“Masalah tambahan adalah, setiap kali selepas pembedahan, jahitan itu sentiasa terbuka, apabila jahitan terbuka akan keluar banyak cecair kuning.”

“Saya yakin pasukan perubatan Arsenal melakukannya dengan betul, cuma ianya berlaku kerana saya tak bernasib baik.”

Wenger beri sokongan yang tak akan dilupakan

Santi Cazorla kemudian mendedahkan beliau terhutang budi untuk selama-lamanya kepada Arsene Wenger.

Pengurus itu adalah orang yang paling banyak menyokong beliau.

Arsene Wenger melanjutkan kontrak Cazorla, sebelum pemain itu menjalani pembedahan.

Ini untuk memastikan Cazorla tidak perlu risau soal masa depan beliau di Arsenal.

Beliau juga tidak risau akan menjadi pemain tiada kelab, jika apa-apa berlaku kepada jawatan Wenger.

Ini secara tak langsung membolehkan Cazorla mendapatkan kebajikan dan bayaran perubatan daripada Arsenal sepanjang proses pemulihan.

“Pengurus, Arsene Wenger sentiasa menyokong saya. Sebelum pembedahan dilakukan, beliau memanggil saya ke pejabat.”

“Beliau berkata: ‘Santi, saya akan memberikan kamu kontrak lanjutan setahun lagi tambahan daripada kontrak yang kamu ada sekarang.”

“Tandatanganlah di sini dan kamu boleh pergi menjalani pembedahan dengan minda yang tenang’.”

“Itu satu tindakan terpuji. Saya akan berterima kasih kepada Arsene Wenger untuk selama-lamanya.”

Selain Wenger, beliau juga mendedahkan banyak mesej sokongan diterima daripada rakan-rakan beliau terutama sekali Juan Mata dam David Silva yang sentiasa menghantar mesej kepada beliau.

Cazorla juga berterima kasih kepada keluarganya yang tak putus-putus menyokong karier beliau.

Itulah kisah Santi Cazorla yang terus berjuang demi menghidupkan karier beliau.

Hari ini beliau bersama kembali dengan Villareal yang menawarkan kontrak 2 tahun.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!