Peminat Terkejut Maradona Sertai Kelab Milik Keluarga Kartel Dadah

Perlantikan legenda Argentina, Diego Maradona sebagai jurulatih kelab divisyen dua Mexico, Dorados ternyata telah mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila menyedari pasukan yang disertai Maradona itu dimiliki oleh keluarga yang berkuasa dan berdepan tuduhan berkaitan pengedaran dadah.

Dorados merupakan kelab dari daerah Sinaloa, iaitu sebuah bandar yang terkenal sebagai kediaman ketua kartel dadah terkemuka Mexico, Joaquin “El Chapo” Guzman.

Maka khabar angin pun tersebar di media sosial mengenai pemilihan Maradona, yang diketahui bergelut dengan penagihan dadah sebelum ini.

“Maradona menuju ke tempat yang penuh dengan narkotik. Apa yang boleh berlaku?” kata seorang pengguna Twitter.

https://twitter.com/Footy_JokesOG/status/1038033472147738624

Laporan daripada Sportstarlive menyatakan kelab Mexico itu sebenarnya dimiliki oleh keluarga Jorge Hank Rhon yang berdepan dengan pelbagai pertuduhan jenayah membabitkan industri pengedaran dan keganasan dadah yang memberi pulangan menguntungkan di Mexico.

Jorge Hank Rhon adalah ahli perniagaan dan ahli politik yang memiliki rangkaian Grupo Caliente yang mempunyai empayar kasino, hotel, trek perlumbaan anjing di Tijuana yang terletak di sempadan Amerika Syarikat di San Diego.

Selain Dorados, syarikatnya turut memiliki kelab divisyen satu Xolos di Tijuana dengan anak lelaki Hank Rhon, Jorgealberto Hank Inzunza, sebagai presiden dua kelab berkenaan.

Dorados, yang ketika ini menghuni tangga ke-13 daripada 15 kelab yang beraksi di liga itu mahu Maradona kekal bagi mengharungi musim 2018 dan juga keseluruhan musim depan.

“Ketika perbincangan saya dengannya, dia amat teruja untuk menjadi jurulatih di sini. Jujurnya, lebih mudah untuk meyakinkannya berbanding yang saya fikir,” kata Jorgealberto.

Dorados sebelum ini terkenal sebagai kelab terakhir pengurus Manchester City, Pep Guardiola menghabiskan kariernya selaku pemain tetapi ‘kubu’ Hanks yang sebenarnya berada di Tijuana di utara Mexico.

Hank Rhon adalah Datuk Bandar Tijuana dari tahun 2004 hingga 2007, tetapi dia berdepan pelbagai tuduhan terhadap pembabitan dalam jenayah terancang.

https://twitter.com/chakoka/status/1013185451748884481

Pada 2011, dia ditahan oleh pihak berkuasa yang menggeledah kediamannya dan merampas lebih 80 pucuk pistol dan ribuan peluru dengan pihak pendakwaraya berkata, dua daripadanya digunakan untuk membunuh tetapi Hank dilepaskan 10 hari kemudian.

Selain dadah, Hank juga dituduh mengedarkan spesis haiwan terancam. Sebagai bekas datuk bandar, dan memiliki pengaruh kuat dalam politik, dia sebenarnya amat digeruni di Tijuana, malah pihak yang cuba mendedahkan jenayahnya turut dibunuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN