Perak Perlu Membayar Lebih RM600K Sebulan Jika Mahu Khidmat Ronaldinho

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mungkin perlu membayar gaji US$150,000 atau RM618,000 sebulan jika berhasrat untuk mendapatkan khidmat bekas bintang Barcelona, Ronaldinho bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut sumber daripada Berita Harian, bayaran tersebut dilihat mampu ‘menarik’ bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho untuk kembali beraksi secara kompetitif selepas mula menggantung but, Januari lalu.

Ia sekaligus menafikan dakwaan mengenai Ronaldinho akan bermain secara percuma jika ada mana-mana pasukan Liga Malaysia mahu menggunakan khidmatnya.

“Menerusi maklumat yang diperolehi, saya dimaklumkan gaji untuk khidmat Ronaldinho dianggarkan AS$150,000 sebulan (RM618,000) dan saya kira ia boleh dianggap berpatutan dengan reputasinya walaupun dia sudah menghampiri usia 40 tahun.

“Jika ada pihak berminat dan boleh menawarkan gaji setinggi itu, mungkin Ronaldinho sedia untuk mempertimbangkan tawaran itu dan kembali beraksi secara kompetitif.

“Namun, berkemungkinan permintaan gaji yang dilihat begitu tinggi itu menyebabkan sebuah pasukan yang cuba memancing khidmatnya sebelum ini terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan pemain itu,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Ronaldinho berada di Kuala Lumpur untuk Majlis promosi trofi UEFA Champions League beberapa bulan lalu.

Bulan April lalu, pemain lagenda Brazil ini pernah menyatakan hasrat secara serius untuk beraksi di Liga Malaysia secara percuma apabila mengakui tertarik dengan layanan dan keghairahan peminat di Malaysia.

Malah, media tempatan turut melaporkan Presiden PAFA Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim sangat berminat untuk bawa masuk Ronaldinho bagi memperkuatkan skuad The Bos Gaurus jika ada mana-mana ejen yang boleh membawa pemain itu ke Ipoh.

Bagaimanapun baru-baru ini, Hasnul mengesahkan mereka mungkin terpaksa melupakan khidmat mendapatkan legenda Brazil itu atas faktor kekangan kewangan.

Beliau turut mengesahkan pasukan itu kini sedang mengintai khidmat beberapa pemain Cardiff City untuk beraksi secara pinjaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN