RASMI: Yaya Toure Sertai Olympiakos

Beberapa hari lalu, ejen Yaya Toure menyatakan klien beliau sudah lulus ujian medikal di London.

Maka, ramai yang berteka-teki menyatakan Yaya mungkin sertai Arsenal, West Ham ataupun Fulham.

Namun kenyataan ini agak kejam untuk peminat West Ham.

Yaya Toure musim lalu di dalam dilema menjadi mangsa pertengkaran ejen beliau dan Pep Guardiola.

Yaya Toure terpaksa meminta maaf secara terbuka seperti yang diminta Pep Guardiola jika beliau mahu kembali bermain dalam pasukan.

Pada akhir musim lalu, Yaya Toure mengesahkan beliau akan meninggalkan Manchester City dan bergelar ejen bebas.

Olympiakos mengesahkan yang pemain box to box itu menyertai pasukan mereka.

Ejen beliau berkongsi detik penyokong Olympiakos menyambut kedatangan bintang baharu mereka itu.

Yaya Toure pernah menyatakan yang beliau buat masa ini tidak terfikir untuk ke China. Beliau masih mahu bermain di Eropah.

Yaya Toure menyertai Man. City dari Barcelona pada 2010 dengan nilai £24 juta. Beliau antara pemain terbaik dalam sejarah kebangkitan Manchester City era moden.

Namun kehadiran Pep Guardiola membuatkan beliau kurang tempat di dalam pasukan. Pep Guardiola memerlukan pemain yang sesuai dengan sistem permainan beliau.

Sebelum ini di Barcelona beliau keluar sebab isu sistem permainan.

Di Man. City, bukan sahaja isu sistem permainan tetapi isu usia beliau yang sudah semakin meningkat dan sukar untuk bermain dalam permainan yang berintensiti tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN