Richarlison Dapat Panggilan Senior Selecao

Richarlison memulakan musim 2018/19 dengan sangat baik. Beliau menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan pertama.

Namun malangnya beliau dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Bournemouth.

Ada satu lagi khabar gembira untuk pemain Everton itu apabila nama beliau dalam senarai panggilan kebangsaan Brazil.

Richarlison akan bersama Brazil dalam tugasan antarabangsa berhadapan Amerika Syarikat dan El Salvador pada September ini.

Nama Richarlison dipanggil untuk menggantikan penyerang Fluminese, Pedro yang mengalami kecederaan.

Richarlison pernah bermain untuk pasukan B-20 Brazil namun tidak pernah mendapat kaps senior.

Kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Brazil menyebut:

“Staf kejurulatihan Brazil telah memanggil penyerang Everton, Richarlison.”

“Pemain tersebut akan bersama-sama dengan pasukan yang akan bermain menentang Amerika Syarikat dan El Salvador pada September akan datang.”

“Richarlison akan menggantikan Pedro. Pemain Fluminese itu mengalami kecederaan di lutut kanan ketika menentang Cruzeiro pada Sabtu lalu.”

Richarlison antara pemain yang menjadi perhatian apabila menyertai Watford pada musim lalu. Beliau kemudian dibeli oleh Everton dengan nilai £50 juta.

Beliau baru sahaja berusia 21 tahun. Memulakan karier di America Mineiro dan kemudian ke Fluminese diikuti ke Watford.

Beliau merupakan sasaran utama Marco Silva. Ada laporan menyatakan yang Silva meletakkan syarat membawa Richarlison sekiranya Everton mahukan khidmat beliau.

Richarlison boleh bermain di peranan np.10, penyerang kedua dan juga penyerang sayap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN