Jamie Carragher Kritik Victor Lindelof, Anggap Pemain Itu Tak Layak Main EPL

Wah! Ini merupakan satu kritikan yang cukup pedas diberikan oleh Jamie Carragher.

Bekas pemain pertahanan itu dengan lantangnya mengkritik persembahan Victor Lindelof dalam perlawanan terbaharu beliau.

Bercakap kepada Sky Sports dalam rancangan Monday Night Football, Carragher berasa Lindelof tidak cukup bersedia lagi untuk beraksi di peringkat Premier League.

Pada hemat Carragher, persembahan pemain itu tidak cukup bagus untuk menjadi pemain yang kerap membarisi barisan pertahanan Manchester United.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Victor Lindelof of Manchester United battles for possession with Kelechi Iheanacho of Leicester City during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Apa sudah jadi di Manchester United apabila pasukan membeli dua pemain pertahanan tengah yang bernilai lebih £30 juta?”

“Maksud saya pemain seperti Victor Lindelof, pada saya kebolehan beliau tidak cukup lagi untuk membolehkan dirinya beraksi di Premier League.”

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Victor Lindelof of Manchester United in action during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Walaupun cukup lantang mengkritik persembahan Lindelof, dalam masa yang sama Carragher menzahirkan rasa kasihan kepada pemain tersebut.

“Saya sebenarnya berasa kasihan dengan beliau, Lindelof tidak sepatutnya bermain untuk tahap seperti Premier League.”

Kritikan dari bekas pertahanan Liverpool itu hadir selepas Lindelof melakukan satu kesilapan mudah yang membolehkan Dele Alli melakukan percubaan selepas Manchester United ketinggalan 2-0.

Manchester United tumbang 0-3 di tangan Tottenham Hotspur di laman sendiri tempoh hari untuk membuatkan mereka hanya mengutip 3 mata daripada 3 perlawanan Premier League setakat ini.

Kekalahan tersebut turut mengundang pelbagai andaian adakah pasukan tersebut sedang mengalami pelbagai masalah dalaman terutamanya melibatkan pengurus – Jose Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN