RASMI: Kevin Strootman Tinggalkan AS Roma, Bawa Diri Ke Olympique Marseille

Kini, era sudah pun berakhir di AS Roma.

Pemain tengah yang berasal dari Belanda iaitu Kevin Strootman telah pun mengesahkan pemergian beliau dari AS Roma untuk ke beraksi di Perancis.

Menurut laman ESPN, Strootman telah mengesahkan perpindahan beliau untuk beraksi bersama Olympique Marseille apabila selesai melengkapkan perpindahan bernilai €25 juta.

Ia juga menamatkan karier 5 tahun yang penuh suka duka buat beliau di kelab Serie A itu.

ROME, ITALY – APRIL 10: Kevin Strootman of AS Roma in action during the UEFA Champions League Quarter Final Second Leg match between AS Roma and FC Barcelona at Stadio Olimpico on April 10, 2018 in Rome, Italy. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Menurut AS Roma, nilai €25 juta itu turut disertakan dengan bonus sebanyak €3 juta berdasarkan prestasi Strootman sendiri.

Pemergian Strootman ke Olympique Marseille merupakan satu perpindahan yang cukup emosi terhadap dirinya.

Hal ini kerana, pemain itu jelas amat menggemari masanya bersama kelab Itali itu dan beliau pernah menzahirkan rasa mahu kekal di pasukan tersebut untuk masa yang lama.

Menerusi laman Twitternya, Strootman telah mengucapkan selamat tinggal kepada AS Roma dan juga para penyokongnya.

“Ke hadapan AS Roma,”

“5 tahun yang lalu, saya tiba di Rom dan terus jatuh cinta dengan bandar yang cantik juga kelab ini.”

“Terima kasih wahai AS Roma yang menawan, rakan sepasukan, pasukan perubatan, para pengurus, ahli lembaga pengarah dan juga para staf.”

“Anda semua sudah ibarat keluarga kepada saya, semoga berjaya kepada anda semua.”

Strootman yang terdahulu kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League namun kini membawa haluan ke pasukan di Ligue 1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN