Jaringan Sepakan Gunting Cristiano Ronaldo Dipilih Sebagai UEFA Goal Of The Season

Apa nak dikata, ianya memang satu pilihan yang ketara.

Gol sepakan gunting Cristiano Ronaldo telah diangkat sebagai jaringan UEFA Goal of the Season untuk musim lalu.

Menurut laporan Sky Sports, jaringan cantik Ronaldo untuk Real Madrid ketika menentang Juventus pada saingan UEFA Champions League (UCL) musim lalu menjadikan beliau pemenang kepada anugerah itu.

Gol itu jelas menjadi pujaan ramai pihak di seluruh dunia apabila undian yang dijalankan menyaksikan Ronaldo memperoleh majoriti mudah dari keseluruhan undi yang diterima.

Daripada 346,915 undi yang diterima, gol Ronaldo itu sahaja telah menerima hampir 200 ribu undian.

Gol hasil sepakan gunting Ronaldo itu jelas merupakan gol yang menggunakan teknik yang cukup baik.

Ianya berjaya mematikan langkah Gianluigi Buffon yang hanya melihat sahaja bola itu masuk ke dalam pintu gol.

Gol itu juga telah memukau penyokong Juventus yang menyaksikan perlawanan di Allianz Stadium, dengan mereka turut memberikan tepukan gemuruh ke atas gol tersebut.

Dan menurut Ronaldo, saat beliau jatuh cinta kepada Juventus adalah saat ketika para penyokong kelab itu menepuk tangan menghargai gol beliau itu.

Ronaldo di Instagram beliau menghargai kemenangan ini dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi jaringan tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang mengundi untuk saya. Saya tak akan lupakan saat ini, terutamanya reaksi yang diberikan oleh penyokong di dalam stadium.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN