Piala Malaysia: Felda United Tumpul, 3 Mata Buat PKNS FC Di Jengka

PKNS FC berjaya membalas dendam kekalahan kepada Felda United pada pusingan pertama aksi Kumpulan B, unifi Piala Malaysia 2018 dengan kemenangan 1-0, sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, menyaksikan Felda United masih gagal meraih kemenangan di laman sendiri sejak saingan 100Plus Liga Premier pada awal Jun.

Felda United dilihat membuat 2 perubahan kepada barisan yang menang ke atas PKNS tempohari dengan memasukkan dua pertahanan iaitu Thiago Junio dan Wan Amirul Afiq.

Foto: FMLLP

PKNS FC juga dilihat membuat 2 perubahan pemain dengan kemasukkan semula pertahanan skuad Sukan Asia 2018, Rodney Calvin dan juga pemain sayap, Bruno Matos.

Beraksi di laman sendiri, Felda United bermula baik dengan asakan seawal lima minit pertama dengan memperolehi dua sepakan penjuru namun gagal untuk menguji Zarif Irfan di gawang.

Pada minit ke-8, penyerang Felda United, Iain Ramsay berjaya memecah masuk ke kawasan pertahanan PKNS FC dan membuat rembatan namun mujur ianya melewati palang gol.

Walaubagaimanapun, PKNS FC terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Mahalli Jasuli yang menerima hantaran Bruno Matos berjaya meledak gol pembukaan di minit ke-11.

Ini merupakan gol pertama Mahalli selepas empat penampilan di saingan Piala Malaysia dan ia dihasilkan selepas menerima panggilan ke kem skuad kebangsaan, petang tadi.

Di minit ke-17, Farizal sekali lagi diuji pasukan pelawat apabila Bruno melepaskan percubaan ke gawang gol tuan rumah namun kali ini Farizal berjaya menepis percubaan tersebut.

The Fighters tampak sedikit bergelut di bahagian attacking third mereka dengan setiap asakan tiada sentuhan penyudah yang baik daripada Thiago Augusto mahupun Gilberto Fortunato.

Keseluruhannya, PKNS FC beraksi cukup selesa berbanding tuan rumah dengan Bruno dilihat sebagai pemain paling berbahaya menerusi beberapa percubaan dan hantarannya.

15 minit awal babak kedua bermula dengan baik buat Felda United namun jelas tuan rumah masih dihantui masalah penyudah barisan serangan walaupun berjaya membuat 3 percubaan.

Peluang terbaik buat Felda United hadir di minit ke-61 menerusi tandukkan penyerang, Gilberto selepas menerima hantaran lintang di sebelah kiri gol, namun Zarif Irfan tenang menangkapnya.

Foto: FMLLP

Disebalik asakan bertubi-tubi tuan rumah, Semut Merah hanya berjaya menguji Farizal buat kali pertama di babak kedua di minit ke-64, menerusi sepakan percuma kapten, K. Gurusamy.

Tuan rumah dilihat tidak jemu-jemu mengasak kubu pertahanan PKNS FC untuk mencari gol penyamaan dan hampir keseluruhan aksi babak kedua ini dikuasai oleh Felda United.

Namun, kecemerlangan benteng pertahanan pelawat yang ditunjangi Zac Anderson dan Rodney Calvin telah berjaya mengekang lawan daripada memperolehi gol yang dicari.

Pada minit ke-86, penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya dari luar kotak penalti yang dilakukan oleh pemain tengah, Syamim Yahya.

Perlawanan ditamatkan oleh pengadil perlawanan dengan tiada gol terhasil di babak kedua dan PKNS FC berjaya meraih 3 mata berharga di laman lawan dengan keputusan 1-0.

Semut Merah berjaya memintas Melaka United yang berada di kedudukan kedua Kumpulan B dengan 7 mata terkumpul, berkongsi mata dengan pendahulu, Felda United.

Felda United: Farizal Harun, Shukor Adan (K), Thiago Junio, Wan Amirul Afiq, Alif Yusof, Stuart Wark, Cristie Jayaseelan (40′ Syamim Yahya), Zahril Azri, Iain Ramsay (84′ Hadin Azman), Thiago Augusto, Gilberto Fortunato (84′ Khairu Azrin)

PKNS FC: Zarif Irfan, Zac Anderson, Rodney Calvin, Daniel Ting, Nik Shahrul, K. Gurusamy (K) (90′ M. Sivakumar), Romel Morales, Khyril Muhymeen (84′ Qayyum Marjoni), Mahalli Jasuli (84′ Jafri Firdaus Chew), Bruno Matos, Rafael Ramazotti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN