Son Heung Min Semakin Hampir Dikecualikan Daripada Khidmat Negara

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min semakin hampir mendapat pengecualian daripada menjalani khidmat negara (Military service) selama 21 bulan apabila skuad Korea Selatan berjaya menewaskan juara AFC B-23, Uzbekistan, 4-3 dalam perlawanan yang cukup dramatik.

Kemenangan itu melayakkan Korea Selatan melangkah ke peringkat separuh akhir dalam saingan Sukan Asia dimana ia menghidupkan peluang mereka untuk mempertahankan pingat emas.

Jaringan Hwang Hee Chan memastikan kemenangan berpihak kepada Korea Selatan selepas Hwang Ui Jo melengkapkan jaringan hatrik pada minit ke 75 sehingga memberi tekanan kepada Uzbekistan yang beraksi dengan 10 orang pemain.

Son yang tidak beraksi bersama Tottenham Hotspur dalam 2 perlawanan awal Liga Perdana Inggeris, amat memerlukan pingat emas supaya beliau boleh meneruskan karier bola sepaknya di masa hadapan tanpa gangguan daripada khidmat negara.

https://twitter.com/920708SHM/status/1034032032249044994

Menurut undang-undang Korea Selatan, setiap pemuda yang berbadan sihat perlu melaporkan diri untuk khidmat negara sebelum hari jadinya yang ke 28. Pada usia 26 tahun, Son sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan pengecualian khidmat negara itu.

Skuad bola sepak Korea memenangi pingat emas di Sukan Asia pada tahun 2014 namun ketika itu Son tidak disenaraikan kerana kelabnya ketika itu, Bayer Leverkusen enggan melepaskannya.

Dalam perlawanan menentang Uzbekistan semalam, Korea membuka akaun jaringan melalui Hwang Ui-Jo pada minit ke 5. Namun begitu, kelekaan barisan pertahanan skuad kendalian Kim Hak Bum itu memberi peluang kepada Uzbekistan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 17.

Jaringan penyamaan itu tidak bertahan lama selepas Hwang Ui-Jo yang beraksi dengan kelab Liga Jepun, Gamba Osaka terus memastikan Korea berada di depan dengan jaringan 2-1 sehingga pengadil meniup wisel penamatan separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Uzbekistan enggan menyerah kalah dan terus melancarkan asakan bertubi-tubi ke kubu Korea Selatan. Usaha mereka membuahkan hasil apabila jaringan daripada Ikromjon Alibaev berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2.

https://twitter.com/920708SHM/status/1034038816280010753

Tertekan dengan asakan bertali arus daripada barisan serangan Uzbekistan, pemain pertahanan Korea Selatan, Hwang Hyun-Soo melakukan kesilapan apabila menjaringkan gol sendiri sehingga memastikan Uzbekistan berada di depan dengan 3-2.

15 minit sebelum tamat perlawanan, Hwang Ui-Jo sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol ketiganya selepas mendapat umpanan daripada Son Heung Min sehingga memaksa perlawanan diheretkan ke masa tambahan.

https://twitter.com/920708SHM/status/1034045606958776322

Kelebihan kembali memihak kepada Korea Selatan apabila pengadil melayangkan kad merah kepada Alibaev yang didakwa mengasari pemain lawan. Hwang Hee-Chan yang masuk sebagai pemain gantian, mudah menyempurnakan sepakan penalti yang membawa Korea Selatan bertemu Vietnam di separuh akhir esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN