Arsene Wenger Bakal Dapat Anugerah Dari Presiden Liberia George Weah

Bekas pengurus Arsenal bakal diraikan di sebuah negara Afrika pada minggu ini.

Menurut laporan ESPN, Arsene Wenger bakal menerima sebuah anugerah penghormatan dari Presiden Liberia yang juga bekas pemenang Ballon d’Or – George Weah.

Weah yang merupakan bekas pemain AC Milan akan menghadiahkan satu penghormatan kepada Wenger diatas sumbangan pengurus tersebut yang memajukan karier Presiden Liberia itu.

Wenger bakal diraikan dalam satu majlis khas yang akan diadakan pada 24 Ogos di sebuah bandar bernama Monrovia.

Ianya diadakan sehubungan dengan sambutan Hari Bendera Kebangsaan yang diadakan di Liberia.

Arsene Wenger dianggap sebagai bapa oleh George Weah.

 

Selain Wenger, bekas jurulatih Malaysia iaitu Claude Le Roy turut akan diraikan dalam majlis yang sama.

“Arsene Wenger dan Claude Le Roy akan diraikan dalam satu majlis pada 24 Ogos ini pada sambutan Hari Bendera Kebangsaan Liberia oleh pihak kerajaan.”

“Kedua-dua individu tersebut akan diraikan di atas sumbangan kepada perjalanan karier Presiden Liberia dalam bola sepak.”

Le Roy merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengesan bakal Weah ketika bermain di Cameroon.

Wenger kemudiannya membawa Weah ke Eropah dengan beraksi untuk AS Monaco pada 1988.

Beliau kemudiannya diangkat menjadi pemenang Ballon d’Or serta World Player of the Year.

Sehingga kini, Weah kekal sebagai pemenang tunggal bagi kedua-dua anugerah tersebut dari benua Afrika.

Weah juga pernah beraksi untuk pasukan seperti Paris Saint-Germain, Chelsea dan juga Marseille.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN