Maurizio Sarri Rancang Berhenti Merokok Lepas Menang 2 Perlawanan Liga

Adakah ini penangan bola sepak Inggeris kepada orang luar?

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri merancang untuk berhenti merokok selepas beliau melihat pasukannya bermula dengan cemerlang dalam 2 perlawanan awal Premier League.

Menurut laman BT Sport, kesukaran Sarri untuk menghisap rokok di tepi padang sedikit sebanyak memberikan dorongan untuk pengurus itu berhenti dari berbuat demikian.

Sarri dikatakan mengalami masalah untuk mengawal dirinya ketika perlawanan menentang Arsenal tempoh hari.

Hal ini kerana, beliau mahu untuk menghisap rokok ketika rehat separuh masa perlawanan tersebut.

HUDDERSFIELD, ENGLAND – AUGUST 11: Maurizio Sarri, Manager of Chelsea looks on during the Premier League match between Huddersfield Town and Chelsea FC at John Smith’s Stadium on August 11, 2018 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Namun begitu, beliau berjaya mengharungi detik sukar itu apabila beliau tidak menghisap sebatang rokok pun pada waktu itu.

Sebaliknya, Sarri mengatakan beliau menghisap rokok pada waktu petang selepas perlawanan tamat.

“Tidak. Saya hanya akan hisap rokok ketika waktu petang.”

Sarri memberikan bayangan akan berhenti merokok bukanlah secara sepenuhnya.

Sebaliknya, beliau hanya akan berhenti merokok secara tempoh sementara waktu untuk beberapa tahun.

“Saya akan berhenti merokok tetap untuk setahun dua sahaja.”

“Selepas itu saya akan kembali menghisap rokok.”

during the Premier League match between Huddersfield Town and Chelsea FC at John Smith’s Stadium on August 11, 2018 in Huddersfield, United Kingdom.

Sarri tidak dapat memuaskan nafsu merokok beliau di tepi padang akibat larangan berbuat demikian di kawasan teknikal di United Kingdom.

Beliau yang terkenal sebagai perokok tegar di tepi padang menggunakan gula-gula getah sebagai pengganti rokok ketika perlawanan.

Chelsea kini beraksi cemerlang di Premier League selepas menang 3-0 ke atas Huddersfield dan 3-2 ke atas Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN