KFA Ambil Keputusan ‘Rehatkan’ Nidzam Adzha Yusoff Dari Tugasan Ketua Jurulatih

Nidzam

Ekoran prestasi yang kian pincang dipamerkan skuad Kedah sejak kebelakangan ini, pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) membuat keputusan bagi ‘merehatkan’ ketua jurulatih, Muhammad Nidzam Adha Yusoff daripada tugasan beliau sehingga akhir musim 2018.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas KFA yang diadakan di Hotel Jerai pada petang semalam yang diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA, Yang Berhormat (YB) Mohd Asmirul Anuar Aris.

Kekosongan yang ditinggalkan Nidzam itu akan diisi oleh pembantunya iaitu Azzmi Aziz.

Azzmi dilaporkan akan menjawat tugasan sementara tersebut sehingga tamat saingan unifi Piala Malaysia yang akan memasuki perlawanan ketiga malam ini buat Kedah.

Dalam pada itu, Nidzam yang masih mempunyai baki kontrak akan diberikan tugasan lain untuk digalas sehingga kontraknya bersama KFA tamat.

Jawatan pengurus pasukan yang turut dikosongkan selepas perletakan jawatan Tuan Syed Khairul Anuar Syed Abidin menyaksikan Tuan Haji Farid Ahmad telah dipertanggungjawabkan untuk memangku jawatan tersebut juga sehingga tamat musim ini.

Sebagai rekod, Nidzam yang berjaya membantu Kedah menjuarai Piala FA 2017 dan muncul naib juara Piala Malaysia pada tahun yang sama kembali dipanggil untuk melatih skuad Lang Merah selepas mengambil alih tugas Ramon Marcote yang ‘diturunkan pangkat’ pada penghujung Mac 2018.

Kredit foto: Berita Harian

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN