Bintang Barcelona, Lionel Messi tidak akan menyertai skuad kebangsaan Argentina untuk menghadapi empat aksi persahabatan berikutnya buat negara itu, lapor media tempatan.
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu sebelum ini pernah bersara daripada skuad kebangsaan selepas final Copa America 2016 yang menyaksikan mereka tewas kepada Chile sebelum kembali untuk membantu mereka layak ke Piala Dunia tahun ini.
Juara dunia dua kali itu akan menentang Guatemala di Los Angeles pada 7 September dan Colombia di New York empat hari kemudian, sebelum dua lagi aksi persahabatan selepas itu yang lawannya masih belum dimuktamadkan.
https://twitter.com/TeamFA/status/1029415593731153921
“Messi tidak akan kembali tahun ini dan timbul kebimbangan berhubung masa depannya,” lapor akhbar harian Argentina, Clarin.
Laman web berita Infobae berkata : “Dia akan mengambil masa untuk berehat tetapi itu tidak bermakna dia akan berhenti.”
“Hanya jurulatih mempunyai kata putus, bila masanya akan tiba, mengenai situasi membabitkan Messi,” kata jurucakap pasukan.
Lionel Messi will reportedly skip the rest of Argentina's remaining fixtures in 2018.
This follows him skipping the World Cup. pic.twitter.com/Z4e3f2ZH3d
— Coral (@Coral) August 15, 2018
Lionel Scaloni kini mengendalikan Argentina buat sementara waktu selepas Jorge Sampaoli meletak jawatan susulan kempen buruk mereka di Piala Dunia Russia, di mana mereka tewas 3-4 pada aksi 16 terakhir di tangan Perancis selepas tewas 0-3 kepada Croatia di peringkat kumpulan.
Beliau akan menamakan skuadnya untuk kunjungan ke Amerika Syarikat minggu ini.
Reports in #Argentina say Lionel #Messi has decided to retire “temporarily” from playing in the Argentinian National Team. He took his decision after talking to the international interim coach. pic.twitter.com/YmuiYbQCV8
— Ahmed Nasri ⍟ (@Warchadi) August 14, 2018
“Ia sesuatu yang peribadi, Leo perlu mengambil masa untuk memikirkannya,” kata Carlos Tevez, yang kini berada di Barcelona untuk aksi persahabatan dengan Boca Juniors di Camp Nou awal pagi esok.
“Ia sesuatu yang mudah difahami, biarpun jika dia enggan kembali. Apabila pasukan kebangsaan bermain dengan baik atau teruk, kami mengkritiknya. Perkara itu buruk buat dirinya dan pasukan. Saya faham kerana saya pernah berada dalam situasi ini.”