Cedera Ketika Berlatih, De Bruyne Dijangka Tak Beraksi 2 Hingga 4 Bulan

Nampaknya, Manchester City bakal mengalami masalah.

Pemain utama mereka iaitu Kevin De Bruyne kini mengalami kecederaan serius ketika menjalani latihan.

Menurut laman Sky Sports, De Bruyne mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan beliau sewaktu berlatih.

Akibat dari kecederaan tersebut menyebabkan De Bruyne akan terlepas aksi bersama pasukan Manchester City dalam tempoh 2 hingga 4 bulan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, De Bruyne bakal mengalami satu pemeriksaan untuk memastikan tahap kecederaan yang dihadapi oleh pemain tersebut.

“Kevin De Bruyne akan menjalani pemeriksaan selepas mengalami kecederaan di lutut kanan beliau ketika melakukan latihan.”

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Kevin De Bruyne of Manchester City looks on during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Oleh kerana kecederaan yang diterima beliau telah menyebabkan De Bruyne kini berkemungkinan besar tidak akan beraksi dalam perlawanan Premier League menentang Huddersfield.

Andai benar kecederaan menjadi serius, beliau turut akan terlepas beberapa perlawanan lain seperti menentang Wolverhampton Wanderers, Newcastle United dan juga Fulham.

Sebelum ini, beliau beraksi dalam perlawanan pembukaan Premier League buat Manchester City menentang Arsenal di Emirates.

Perkara ini pastinya akan menyakitkan Manchester City memandangkan De Bryune merupakan pemain utama pasukan tersebut.

Ditambah pula dengan saingan musim baharu yang baru bermula, pastinya ianya merencatkan pelan taktikal Pep Guardiola untuk mengharungi saingan awal musim tanpa De Bruyne.

Semestinya, Guardiola perlu mengubah sedikit taktikal beliau untuk memastikan skuadnya tetap boleh mencabar dalam pelbagai saingan pada musim ini.

Semoga cepat sembuh buat Kevin De Bruyne.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN