Perak Sedia Pecahkan Tabung Bank Bawa Ronaldinho Ke Ipoh

Sebut sahaja nama Ronaldinho, peminat bola sepak tempatan pasti sangat mengenali beliau sebagai ‘raja bola sepak dunia’ iaitu seorang bintang yang terkenal dengan kemahiran mengelecek dan skill individu tinggi.

Malah, bukan calang-calang namanya kerana pemain ini pernah menjulang Piala Dunia bersama Brazil dan bekas pemenang Ballon d’Or 2005 ini dikatakan menarik minat pasukan Perak untuk dibawa bermain dalam kancah Liga Malaysia musim depan.

Bulan April lalu, bekas bintang Barcelona ini pernah menyatakan hasrat secara serius untuk beraksi di Liga Malaysia secara percuma apabila mengakui tertarik dengan layanan dan keghairahan peminat di Malaysia.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengesahkan pihaknya berminat untuk bawa masuk Ronaldinho memperkuatkan skuad The Bos Gaurus jika ada mana-mana ejen yang boleh membawa pemain itu ke Ipoh.

“Saya bersedia membuka pintu untuk dia (Ronaldinho) hadir ke sini. Kalau ada ejen yang boleh menghubungkannya dengan pemain itu saya boleh menawarkan tempat dalam pasukan.

“Kalau dia bersedia untuk berkhidmat secara percuma, apa salahnya kita membuka ruang kepada dia berbakti ke negeri Perak. Kalau ada ejen saya amat alu-alukan,” katanya kepada Berita Harian.

(Photo credit Douglas Magno/AFP/Getty Images)

Menurut Hasnul, faktor umur Ronaldinho yang kini sudah memasuki usia 38 tahun bukanlah menjadi masalah jika beraksi di pentas Asia.

“Faktor umur bukan masalah, lebih-lebih lagi apabila bermain di Asia ini. Dia masih lagi mampu bermain di liga tahap Asia, malah kehadiran dia juga boleh membantu menarik penaja untuk melabur bersama pasukan,” katanya.

Dalam sidang akhbar selepas majlis Jelajah Trofi Liga Juara-Juara UEFA di Kuala Lumpur, Ronaldinho mengakui beliau masih rindu pada sukan bola sepak dan beliau teringin kembali beraksi di atas padang setelah membuat pengumuman untuk menggantung but beberapa bulan lalu.

“Saya sentiasa cintakan bola sepak, malah, saya tidak bergurau apabila memberitahu ingin bermain di Malaysia kerana bola sepak di negara ini mempunyai sokongan yang amat bagus dalam kalangan peminat.

“Jika berpeluang sudah tentu saya memilih untuk bermain de­ngan kelab bola sepak di negara ini dan mungkin boleh beraksi secara percuma,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN