Era Kini Berakhir, Victor Moses Bersara Dari Wakili Nigeria

Seorang lagi pemain telah mengambil keputusan untuk bersara dari persada bola sepak antarabangsa.

Pemain kebangsaan Nigeria iaitu Victor Moses memilih untuk meninggalkan bola sepak antarabangsa selepas tamat kempen Piala Dunia 2018.

Keputusan untuk bersara itu telah disiarkan oleh beliau sendiri dalam satu hebahan di media sosial beliau.

Berikut merupakan terjemahan ringkas kepada pengumuman itu:

“Setelah berfikir panjang, saya ingin mengumumkan keputusan saya untuk bersara dari bola sepak antarabangsa.”

“Saya telah menjalani beberapa detik indah ketika menyarung jersi kebangsaan Nigeria dan memori tersebut akan terus bersama saya sepanjang hidup saya.”

“Tiada apa yang boleh menandingi perasaan mewakili pasukan yang mewakili negara kita.”

LONDON, ENGLAND – JUNE 02: Victor Moses of Nigeria during the International Friendly match between England and Nigeria at Wembley Stadium on June 2, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Namun begitu kini sudah tibanya masa untuk saya berundur bagi membolehkan saya fokus sepenuhnya terhadap karier kelab dan juga keluarga saya. Sambil itu, saya ingin memberikan peluang kepada generasi muda Nigeria untuk menyinar.”

“Kita dirahmati sebagai sebuah negara yang mempunyai begitu ramai bakat muda yang berpotensi dan inilah masa untuk mereka.”

“Ada banyak kenangan saya bersama pasukan kebangsaan. Dari melakukan penampilan pertama kepada mewakili Nigeria dalam 2 edisi Piala Dunia serta menjadi sebahagian daripada skuad yang menentang African Cup of Nations.”

JOHANNESBURG, SOUTH AFRICA – FEBRUARY 10: John Mikel Obi and Victor Moses lead celebrations with team mates with the trophy after winning the 2013 Africa Cup of Nations Final match between Nigeria and Burkina at FNB Stadium on February 10, 2013 in Johannesburg, South Africa. (Photo by Ian Walton/Getty Images)

“Saya sudah bercakap dengan pengurus menerusi telefon dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau, Nigeria FA dan seluruh rakan sepasukan saya di atas sokongan mereka selama ini.”

“Paling penting adalah saya ingin ucapkan terima kasih kepada warga Nigeria yang percayakan saya dan menyokong saya selama ini.”

“Ianya cukup bermakna buat saya dan keluarga dan saya akan sentiasa menjadi rakyat Nigeria yang bangga menyokong pasukan negaranya.”

“Terima kasih untuk segala memori dan semoga berjaya untuk masa hadapan.”

Moses bersara dari bola sepak antarabangsa pada usia 27 dengan melakukan 38 penampilan serta menjaringkan 12 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN