Kerabat Diraja Bakal Pimpin Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan?

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah JDT, Pahang dan Selagor dengan melantik seorang kerabat diraja sebagai Presiden persatuan itu.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri disebut-sebut bakal mengambil alih tampuk kepemimpinan PBNS dan mendapat sokongan padu daripada ahli gabungan persatuan itu selepas menunjukkan minat mendalam untuk menjawat jawatan tersebut.

Tunku Syed Razman turut hadir dalam beberapa siri perlawanan bola sepak membabitkan skuad Hobin Jang Hobin dalam Liga Super sebelum ini, terutama yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Difahamkan ada usaha daripada ahli gabungan PBNS untuk mencalonkan Tunku Besar Tampin bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memimpin PBNS.

“Beliau dijangka akan mendapat sokongan daripada ahli gabungan PBNS. Namun saya tidak boleh mengulas lanjut dan kita kena tunggu keputusannya pada kongres PBNS, bulan depan,” kata sumber pengurusan PBNS.

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini menjadi Presiden PBNS sejak tahun 2004 dan meletakkan jawatan pada 29 Mei lalu susulan perubahan kepemimpinan peringkat negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Selain Mohamad, turut meletakkan jawatan dalam badan induk bola sepak Negeri Sembilan itu ialah dua Naib Presidennya iaitu Datuk Mohamad Haslah Mohd Amin dan Datuk Abd Ghani Hasan.

Sementara itu, Kelab e-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan (N9futbol.com) berharap ahli gabungan PBNS dapat membuat keputusan bijak dalam memilih kepemimpinan baharu badan berkenaan.

Presiden N9futbol.com, Ahmad Zaini Baharun berkata, ini kerana kepemimpinan baharu PBNS amat penting dalam usaha mengembalikan semula reputasi skuad Rusa di persada bola sepak tempatan.

“Semua sedia maklum, Negeri Sembilan gagal dalam saingan Liga Super musim ini apabila menamatkan saingan di tempat tercorot sekali gus kembali tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

“Menjadi tugas kepemimpinan PBNS yang baharu nanti untuk fokus kepada usaha membentuk skuad yang lebih mantap bagi menghadapi musim depan supaya dapat kembali meletakkan nama pasukan dalam kalangan dihormati dan disegani sepertimana yang pernah Negeri Sembilan capai sebelum ini,” katanya hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN