Trivia: Negara Manakah Sering Menuai Emas dalam Acara Bola Sepak Temasya Sukan?

Acara bola sepak Sukan Asia ke-18 telah membuka tirai secara rasminya. Walaupun ia sekadar menambah angka pada pungutan pingat, acara ini masih mencuri tumpuan ramai.

Tetapi tahukah anda bahawa benua lain turut mempunyai temasya sukan seperti Sukan Asia?

Pan-American Games

Pasukan Uruguay meraikan kemenangan dalam acara bola sepak lelaki Pan-American Games pada 2015. Sumber: CONMEBOL.

Negara di Amerika Utara, Tengah dan Selatan menyertai temasya ini yang diadakan empat tahun sekali. Begitu juga dengan negara dari rantau Caribbean.

Acara bola sepak lelaki sudah dilangsungkan sejak temasya pertama pada 1951 di Buenos Aires, Argentina. Acara ini mensyaratkan penyertaan pemain bawah-22 tahun. Namun begitu, bola sepak wanita mula mendapat tempat semasa edisi 1999 di Winnipeg, Kanada.

Daripada 17 kali dilangsungkan, Argentina pernah menggondol 6 kali pingat emas untuk acara bola sepak lelaki. Ia sekaligus menjadi ‘raja’ bagi acara ini.

Brazil dan Mexico juga masing-masing pernah memenangi pingat emas acara ini sebanyak 4 kali.

All-African Games

Senegal menggondol emas sewaktu All-African Games 2015. Sumber: Soka25east.com

Benua Afrika tidak ketinggalan menganjurkan temasya sukan peringkat kebenuaan. All-African Games pernah dianjurkan 12 kali setakat ini dengan ia diadakan selang 4 tahun sekali.

Ia bermakna juga 12 kali acara bola sepak lelaki sudah diadakan. Dan mereka juga menggunakan peraturan had umur iaitu bawah-23 tahun sahaja.

4 kali Cameroon memenangi pingat emas bagi acara ini dan Mesir menggondol sebanyak dua kali.

Pacific Games

Benar, ia hanya boleh disertai oleh negara-negara yang berada di Lautan Pasifik. Asalnya ia dikenali sebagai South Pacific Games dan ditukar kepada nama sekarang mulai 2011.

Acara bola sepak mula dipertandingkan seiring temasya sulung pada 1963. Pacific Games ini pula dianjurkan 4 tahun sekali.

Namun begitu, pada edisi 1999 sahaja menyaksikan acara bola sepak tidak dimasukkan dalam senarai acara.

Wilayah ditadbir Perancis, New Caledonia memenangi pungutan emas acara ini sebanyak 7 kali. Tahiti pula pernah menggondol pungutan emas sebanyak 5 kali untuk menjadikan negara kedua terbaik dalam acara ini.

Penutup

Sebenarnya benua Eropah mempunyai temasya sukan tersendiri iaitu European Games. Namun begitu, penganjur tidak mempertandingkan acara bola sepak.

Anda mungkin tahu kenapa.

Penganjuran acara bola sepak ini menjadi kemestian dan keutamaan badan penganjur. Rasa tidak meriah jika acara ini tidak bola sepak, bukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN