Kejohanan AFF B-16: Langkah Malaysia Disekat Indonesia Di Separuh Akhir

Hajat skuad B-16 negara mengulangi pencapaian skuad B-19 dengan menjuarai kejohanan AFF tidak kesampaian.

Malaysia tampil dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan AFF B-16 selaku naib juara Kumpulan B. Lawan mereka, tidak lain dan tidak bukan ialah pasukan tuan rumah, Indonesia.

 

Beraksi di Stadium Delta Sidoarjo yang berkapasiti 35,000 penonton, skuad muda negara bukan sahaja perlu berhadapan dengan anak buah Fakhri Hussaini.

Sumber: FAM, Facebook

Lebih daripada itu, pasukan yang dibimbing oleh Raja Azlan Shah Raja So’ib ini turut perlu berhadapan dengan provokasi ribuan penyokong Indonesia yang hadir.

Buktinya, suara provokasi mulai kedegaran saat lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku berkumandang.

 

Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai persembahan skuad muda negara pada babak pertama perlawanan.

Lawan menguasai perlawanan dengan asakan bertali arus, tatkala pasukan negara lebih selesa untuk bertahan.

Kisah di babak kedua juga tidak jauh berbeza. Namun minit ke-72, pasukan tuan rumah diberikan sepakan penalti.

Penyerang prolifik tuan rumah, Bagus Kahfi tidak mensia-siakan peluang tersebut, untuk Indonesia mendahului 1-0.

Sumber: FAM, Facebook

Malaysia turut mempunyai peluang menyamakan kedudukan selepas itu, namun gagal menyempurnakan gerakan set pieces di minit akhir perlawanan.

Tamat perlawanan, Indonesia melangkah ke aksi perlawanan akhir untuk bertemu Thailand yang menewaskan Myanmar juga dengan jaringan 1-0.

Skuad muda negara akan berhadapan dengan Myanmar dalam satu lagi perlawanan untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pada 11 Ogos hadapan di stadium yang sama.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN